(Nabi
Muhammad SAW. telah menyampaikan Kutbah Terakhir pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijriah bertempat di
Lembah Uranah Gunung Arafah yang diberkati-Kini genaplah 1424 tahun berlalu)
“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak
kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua
selepas tahun ini”.
“Wahai manusia,
sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka
anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci,”“Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak”
Semua manusia diperingatkan
supaya tidak menyakiti orang lain
agar orang lain tidak menyakitimu
kerana kelak semua manusia
akan kembali menemui Allah SWT.
bersama amalanya untuk perhitungan-hisab
mulai saat itu juga manusia diharamkan memakan riba
manusia diseru berwaspada terhadap syaitan
yang terus menerus berusaha menyesatkan mereka
dalam semua perkara besar mahupun sekecilnya
Suami dan isteri diperingkatan
mereka saling memiliki hak ke atas masing-masing
suami mesti memberikan isteri makan pakai
dalam suasana kasih sayang
para lelaki diminta melayani wanita-wanita mereka
dengan baik dan lemah lembut
isteri adalah teman dan pembantu suami yang setia
para isteri dilarang memasukkan orang asing
yang tidak sukai suaminya ke dalam rumah mereka
dan semua orang dilarang melakukan zina.
Rasulullah SAW. menyeru agar para mukmin
menyembahlah ALLAH dengan mendirikan solat 5 kali sehari
berpusa di bulan Ramadhan
menunaikan zakat dan harta kekayaannya
mengerjakan ibadah Haji sekiranya ada upaya
juga di peringatkan bahawa
tiada orang yang lebih mulia ke atas orang lain
kecuali dalam Takwa dan Beramal Soleh
Setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.
Ingatlah bahawa kelak kamu akan menghadap Allah
hari untuk perhitungan atas apa yang dipertanggungjawabkan ke atas dirimu
awasi dirimu agal tidak terkeluar dari landasan kebenaran agama Islam
dan tidak ada lagi Nabi dan Rasul selepas ini
dan tidak akan lahir agama baru
Rasulullah SAW. meninggalkan kepada manusia dua perkara
semua orang tidak akan sesat selama-lamanya
selagi berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya
“Itulah Al-Quran dan Sunnahku”.
Sesiapa yang mendengar ucapan itu
diminta untuk sampaikan kepada orang lain
yang tidak pernah mendengar dan tidak ada disitu
terus dan seterusnya.
“Saksikan Ya Allah,
Bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu
kepada hamba-hambaMu’
Kini genaplah 1424 tahun Baginda Nabi saw. menyampaikan Khutbah Terakhir untuk seluruh umat manusia. Peringatan, pesanan dan nasihat Baginda Nabi saw.
ReplyDeletesemestinya diketahui, difahami dan direnungfikir sedalam-dalamnya demi menjalani hidup sebagai seorang Muslim yang mematuhi semua perintah dan larangan Allah SWT...demi kesejahteraan di dunia dan di akhirat...sama-samalah kita fikir-fikir, renung-renung.dan bertakwa kepada Allah swt serta berbuat baik kepada sesama manusia.