Friday, October 11, 2013

Renungan Al-Quran 431

UJIAN YANG BESAR KEPADA NABI IBRAHIM DAN NABI ISMAIL

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-samanya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu: Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.  Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim-dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), Serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim! “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebajikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. “Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim”. (AS-SAFFAT; 102-109)

1 comment:

  1. Allah SWT. mengenakan ujian yang besar kepada Nabi Ibrahim menerusi mimpi yang dia melihat membunuh anaknya Nabi Ismail. Di atas dasar ketakwaan kedua-duanya menurut perintah Allah sebagaimana dalam mimpi tersebut. dan mereka berdua memperolehi balasan baik hasil daripada ketaatannya.

    ReplyDelete