Sesungguhnya
yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah
orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu,
mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan
menggerakkan lidah dengan bertasbih memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak
bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur (sedikit
sangat tidur, kerana mengerjakan solat tahajjud dan amal-amal soleh); mereka
sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya)
serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (KeredaanNya); dan mereka selalu
pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. Maka tidak ada seorangpun yang mengetahui satu
persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis
nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi
amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan. (AS-SAJDAH: 15-17)
Orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dengan ayat-ayat keterangan Al-Quran mempunyai sifat-sifat yang taat patuh, memperbanyakkan amalan solat tahajjud dan amal-amal soleh, tidak sombong takbur dan sentiasa mendermakan sebagaian harta bendanya,takut akan kemurkaan Allah dan berhasrat menambah lagi KeredhaanNya.
ReplyDelete