(Sempena Hari Pemilihan UMNO Bahagian dan MT 2013)
Seorang pahlawan
gagah terbilang
berjuang terus berjuang
berpantang undur sebelum melawan,
biar putih tulang-tulang,
alang-alang celup pekasam,
peduli apa pada lengan kusam masam,
membujur pastikan ia lalu,
melintang pastikan ia patah,
menerkam pastikan ia rebah,
menikam pastikan ia pasrah,
patah sayap terbang jua,
patah kaki bertongkat paruh,
patah semangat jauh sekali,
biar mati bila dah ajal,
ajal sampai putuslah nyawa
tinggal jasa tinggallah nama,
namanya sewangi kasturi mawar,
bukannya busuk semacam bangkai.
Kelana Putra,
Dungun, Terengganu.
Sabtu 19 Oktober 2013
Sengaja Aku tuliskan madah ini buat tatapan renungan para pemimpin UMNO yang sedang bertanding jawatan parti di peringkat bahagian di seluruh Negara dan di peringkat MKT (UMNO Pusat)..pada hari ini Sabtu 19 Oktober 2013. Andainya mereka adalah pahawan-pahlawan Agama, Bangsa dan Negara...biarlah mati mereka meninggalkan jasa dan nama seharum kasturi mawar, bukanya sebusuk bangkai....
ReplyDelete