52. Dan demikianlah
Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) – Al-Quran sebagai roh (yang
menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui
(sebelum diwahyukan kepadamu); apakah Kitab (Al-Quran) itu dan juga tidak
mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran; cahaya yang
menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara
hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi
petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus. 53. Ia itu jalan Allah Yang
Memiliki dan Menguasai segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi.
Ingatlah kepada Allah jua kembali segala urusan. (ASY-SYURA:52-53)
Al-Quran ialah Kitab Allah terakhir yang diwahyukan kepada RasulNya (Nabi Muhammad saw.) untuk seluruh umat manusia dan alam samesta. Ia sesugguhnya megandungi pelbagai peringatan, petunjuk dan amaran kepada umat terakhir... mengandungi ayat-ayat suci yang jelas nyata dan yang ayat-ayat yang samar-samar (kurang jelas) sehingga ada manusia yang mentafsirkan mengikut kehendak dan nafsunya.Ia umpama pelita yang menerangi hati manusia yang membawa kepada iman, amal soleh dan takwa bagi sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT dan begitulah juga kepada orang-orang yang kufur ingkar yang seolah-olah buta, tuli dan dimeteri hatinya dengan menolak keterangan dan ayat-ayat Allah ini..
ReplyDelete