APAKAH SEKSAAN NERAKA YANG PALING RINGAN?
Daripada No'man bin Basyir r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan seksaan penghuni Neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang akan diletakkan di bawah telapak kakinya dua buah bara api Neraka sehingga mendidih (dari sebab panas kedua bara api tersebut) otak yang ada di kepalanya. Dia tidak mengira bahawa ada orang lain yang lebih dahsyat seksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan seksaannya". (H.R. Bukhari & Muslim)
Neraka ialah tempat manusia menerima azab seksa dari Allah SWT. Azab seksa neraka yang paling ringan ialah dua bara api yang diletakkan di bawah telapak kaki sehingga otak orang itu mendidih.
ReplyDelete