Monday, September 9, 2013

Renungan Al-Quran 390

APABILA ANGGOTA TUBUH BADAN MENJADI SAKSI UNTUK DIRI SENDIRI

6. Ia bertanya (secara menejek) Bilakah datangnnya hari kiamat itu? 7. Maka (jawabnya; hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi berpendar-pendar (kerana gerun takut), 8. Dan bulan hilang cahayanya, 9. Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, 10.Maka pada hari itu berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat), “Kemanakah hendak melarikan diri?” 11. Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada tempat perlindungan! 12. Pada hari itu, kepada Tuhanmu sahajalah terserahnya ketetapan segala perkara. 13. Pada hari itu manusia diberitahu akan apa yang telah ialakukan., dan apa yang telah ia tinggalkan. 14. Bahkan manusia itu (anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, 15. Walaupun ia memberikan alasan-alasannya untuk (untuk membela diri).

No comments:

Post a Comment