Allah Taala berfirman dengan maksudnya:
“Peliharalah
segala solat(mu), dan (peliharalah) solat wustha. Berdirilah kerana Allah
(dalam solatmu) dengan khusyu’. Dan jika kamu dalam keadaan takut (bahaya),
maka solatlah sambil berjalan atau berkenderaan. Kemudian apabila kamu telah
aman, maka sebutlah Allah (solat), sebagaimana Allah telah mengajarkan kepada
kamu apa yang belum kamu ketahui”.
(Al-Baqarah: 238 dan 239)
Dalam ayat di
atas, Allah menyuruh manusia memelihara semua solat yang didirikan dan juga
memelihra solat wustha. “Solat wutha” ialah solat ialah solat yang berada di
tengah-tengah dan yang paling utama. Ada
ramai yang berpendapat bahawa “solat wustha” itu ialah solat asar. Menurut kebanyakan ulama, ayat ini menekankan agar semua solat itu di kerjakan dengan sebaik-baiknya. Perkara yang paling pokok dalam solat ialah khusyu’ sebagaimana firman Allah “Berdirilah kerana Allah (dalam solatmu) dengan khusyu’.
Persoalan “khusyu” di dalam mengerjakan solat ini mendapat banyak huraian dan kupasan oleh para ulamak. Sercara ringkasnya maksud khusyu itu ialah sesiapa yang mengerjakan solat harus berusaha sedaya upaya menghadirkan hatinya (ingatan dan pemikirannya) ke hadrat Allah Yang Esa dan tidak kepada yang lain. Para ulama juga memberikan panduan-panduan tertentu bagaimana kita boleh mencapai tahap kekhusyukan dan kesempurnaan didalam solat.
Satu perkara
penting dalam ayat berikutnya (ayat 289) ialah Allah memerintahkan supaya solat dikerjakan sambil
berjalan atau berkenderaan jika seseorang berada dalam keadaan takut (bahaya)
dan mengerjakannya dalam keadaan yang aman. Solat ini hendaklah di kerjakan sebagaimana
yang telah diajarkan. Ini semstinya
meliputi semua perkara yang telah diajarkan dan diwasiatkan oleh Nabi saw.
kepada umat Islam seluruhnya. Ada beberapa hadis yang menerangkan hal-hal
penting mengenai solat yang patut kita pelajari dan hayatinya dengan harapan
solat kita itu menjadi bertambah sempurna dan diterima oleh Allah swt.
Setiap orang mukmin diperintahkan agar memelihara solatnya samaada dalam keadaan aman mahupun dalam keadaan takut akan sesuatu bahaya...dan hendaklah mendirikan solat dengan khusyu.
ReplyDelete