Wednesday, September 25, 2013

Renungan Al-Quran 421

MELARANG DARI PERBUATAN-PERBUATAN JAHAT
116. Maka sepatutnya ada di antara umat-umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berlebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi; tetapi sayang! Tidak ada yang melarang, melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa. 117. Dan Tuhan kamu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa membaiki keadaan sesama sendiri. (HUD: 116-117)

No comments:

Post a Comment