SYURGA UNTUK ORANG-ORANG YANG BERTAKWA
51. Sesungguhnya orang-orang
yang bertaqwa (akan di tempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa, 52. Ia
itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. 53.
Mereka memakai pakaian daripada kain sutera yang halus dan kain sutera yang
tebal besulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan
(di atas pelamin masing-masing). 54. Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan
kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya,
55. Mereka meminta di dalam Syurga itu-tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka
ingini), dalam keadaan aman sentosa. 56. Mereka tidak merasai kematian dalam
Syurga itu selain darpada mati yang mereka rasai (di dunia dahulu); dan Allah
selamatkan mereka dari azab neraka. 57 (Mereka diberikan semuanya itu) sebagai
limpah kurnia dari Tuhamu (wahai Muhammad); yang demikian itulah kemenangan
yang besar. (AD-DUKHAAN: 51-57)
Pada hari akhirat kelak Allah akan menempatkan orang-orang yang bertakwa di dalam syurga yang aman sentosa dengan kurniaan nikmat yang amat istimewa. Allah memberri bayangan mengenai pelbagai nikmat syurga ini dalam ayat-ayat-Nya. Apakah yang dapat kita fikirkan dan apakah imaginasi kita terhadap perkara-perkara ini?
ReplyDelete