6.Katakanlah (wahai
Muhammad), Wahai orang-orang yang beragama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa
kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia
yang lain, maka bercita-citalah hendakkan
mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika
betul kamu orang-orang yang benar. 7. Dan (sudah tentu) mereka tidak akan
bercita-cita hendakkan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang
mereka telah lakukan dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim
itu.(Al-JUMU’AH:6-7)
No comments:
Post a Comment