Thursday, September 26, 2013

Renungan Al-Quran 423

MENDAPAT BALASAN BAIK PADA HARI AKHIRAT

20. Orang-orang yang menyempurnakan perjanjian Allah dan tidak merombak (mencabuli) perjanjian yang telah diperteguhkan itu; 21. Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soal jawab dan hitungan amal (pada hari kiamat), 22. Dan orang-orang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata, dan mereka mendirikan solat, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau seara terang-terangan, dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik, mereka itu semuanya adalah disediakan balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat.(AR-RAD; 20-22)

No comments:

Post a Comment