Wednesday, September 25, 2013

Renungan Al-Quran 420

PERINTAH MENDIRIKAN SOLAT DAN BERSABAR

114.Dan dirikan solat (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang dan pada ketika-ketika yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama solat) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. 115. Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebajikan. (HUD; 114-115)

No comments:

Post a Comment