BALASAN SYURGA YANG
PENUH NIKMAT BERKEKALAN
17. Sesungguhnya
orang-orang yang bertakwa, ditempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat
kesenangan (yang tidak ada taranya). 18. Mereka bersenang lenang dengan apa
yang disediakan oleh Tuhan mereka, dan mereka dipelihara Tuhan dari azab
neraka. 19. (Dan diikatakan kepada mereka): “Makan dan minumlah kamu makanan
dan minuman yang lazat serta baik kesudahannya, dengan sebab apa yang kamu telah
kerjakan. 20. Mereka duduk berteleku di atas pelamin-pelamin yang berderet; dan
kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas
cantik matanya. 21. Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat
keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat
keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak
mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia
terikat dengan amal yang dikerjakan. 22. Dan (penduduk Syurga itu) Kami
tambahai mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan dan daging dari
berbagai jenis yang mereka ingini. 23. Mereka di dalam Syurga itu (kerana
melahirkan kemesraan antara satu dengan yang lain); berebut-rebut mengambil
piala yang berisi arak yang tidak menyebabkan timbul (dari peminumnya) perkara
yang sia-sia dan tidak pula menyebabkan (peminumnya menanggung) dosa. 24. Dan
mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa beredar di sekitar
mereka, (yang cantik parasnya) seolah-olah anak muda itu mutiara yang tersimpan
dengan sebaik-baiknya. 25. Dan (dengan berada dalam nikmat itu) mereka
berhadap-hadapan satu sama lain sambil bertanya-tanya. 26. Mereka berkata: “Sesungguhnya
kamu dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami-selalu merasa cemas
takut (daripada berlaku derhaka kepada Allah), 27.Maka Allah mengurniakan kami
(rahmat dan taufik-Nya), serta memelihara kami dari azab neraka. 28. “Sesungguhnya
kami dahulu tetap menyembah-Nya (dan
memohon pertolongan-Nya), kerana sesungguhnya Dia-lah sahaja yang sentiasa
melimpahkan ihsan-Nya, lagi Yang Maha Mengasihani’.(AT-THUR; 17-28)
Orang-orang yang bertakwa dan yang beriman adaah diredhai dan dianugerahkan dengan balasan Syuga oleh Allah SWT. Firman Allah dalam ayat-ayat di atas menceritakan sebahagian keadaan hidup yang dinikmati oleh penduduk Syurga yang tiada taranya...apa lagi jika mahu kita bandingkan dengan nikmat hidup di dunia yang begitu kecil dan sedikit ini.
ReplyDelete