34. “Dan tidak ada guna
nasihatku kepadamu, jika aku hendak menasihati kamu, kalau Allah hendak
menyesatkan kamu (kerana kamu tetap berdegil): Dia-lah Tuhan kamu dan
kepada-Nya kamu kembali”.35. (Mereka terus berdegil), bahkan mereka menuduh
dengan mengatakan Nabi Nuh itu sengaja mengada-adakan secara dusta; bahawa
Tuhan mengurniakan pangkat Nabi kepadanya. Nabi Nuh diperintahkan menjawab
dengan berkata: “Kalaulah aku yang mereka-reka wahyu itu maka akulah yang akan
menanggung dosa perbuatan itu, dan sebenarnya aku bersih dari dosa kesalahan
kamu menuduhku”. (HUD: 34-35)
No comments:
Post a Comment