Puak kanan (Asohaa-bulyamiin)
27. Dan puak kanan, -
alangkah bahagianya puak kanan itu? 28.Mereka bersenang-senang di antara
pohon-pohon bidara yang tidak berduri. 29. Dan pohon-pohon pisang yang tersusun
rapi buahnya, 30. Dan naungan yang tetap terbentang, 31. Dan air yang sentiasa
mengalir, 32. Serta buah-buah yang banyak, 33. Yang tidak putus-putus, dan
tidak pula terlarang mendapatkannya, 34. Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi
keadaannya. 35. Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan
ciptaan istimewa. 36. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak
pernah disentuh); 37. Yang tetap mencintai jodohnya, serta sebaya umurnya. 38. (Semua itu diuntukkan) bagi puak kanan;
39. Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu. 40. Dan sebilangan
besar dari orang-orang yang datang kemudian. (AL-WAAQI’AH: 27-40)
No comments:
Post a Comment