Wednesday, January 9, 2013

LUKISANRASA - siapa gila

SIAPA GILA?
Ramai orang jadi gila
gilanya pada dunia
gilanya pada manusia
pada siDara cantik ayu jelita
pada  siTeruna tampan segak tegak
pada segala macam harta benda
pada emas perak permata
pada kuda-kuda
pada bunga-bunga
pada sungai, laut dan belantara
Sayang sekali..!
dia tidak gila
pada jiwaraganya
pada hati nuraninya
dia hanya gila pada
segala yang lain adanya.


Kelana Putra,
Lukisanrasa,

Rabu 9.1.2013
26 Safar 1434.

Tuesday, January 8, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 220 - ALLAH DEKAT

ALLAH ADALAH DEKAT DAN MENGABULKAN DOA HAMBANYA

 Allah Taala berfirman dengan maksudnya:
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, (maka jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat.  Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa, apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (AL-Baqarah: 186)
Dalam ayat diatas Allah swt. menyahwukan kepada Nabi saw. agar  apabila ditanya oleh hamba-hambaNya mengenai Allah, maka baginda diminta menjawab dengan mengatakan bahawasanya Allah itu adalah dekat dan Allah mengabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila memohon kepadanya. Mereka dikehendaki mematuhi segala perintah dan beriman kepada Allah supaya mereka selalu berada dalam kebenaran.
Dalam hal ini kita selayaknya mempelajari dan memahami maksud yang tersurat dan juga yang tersirat di sebalik ayat ini. Ada beberapa hal yang patut kita pelajari dan fahami dengan mendalam akan maksud dan pengiktibaranya. Perkara-perkara ini ada dihuraikan oleh para ulamak dalam kitab-kitab mereka. Antaranya hal-hal utama yang dimaksudkan ini ialah:

1.     Allah itu dekat kepada hamba-hambaNya.
2.     Allah mengabulkan permohonan orang yang berdoa dan memohon kepadaNya
3.     Allah menhendaki orang-orang yang berdoa itu memenuhi segala perintahNya.
4.     Allah menghendaki orang-orang yang berdoa itu beriman kepadaNya.
5.     Ini adalah supaya mereka ini selalu berada dalam kebenaran.


 

TTISAN TINTA - Apabila seseorang hamba...


APABILA SESEORANG HAMBA DI CINTAI DAN DIBENCI OLEH ALLAH SWT
Nabi saw. bersabda:

“Sesungguhnya Allah Taala itu apabila mencintai seseorang hambaNya, lalu dipanggilkan Jinril, kemudian berfirman:
“Sebenarnya Aku ini mencintai si Anu itu, maka cintailah ia. Orang itupun dcintai oleh Jibril. Selanjutnya Jibril berseru di langit dan berkata: ‘Allah mencintai si Anu, maka cintailah orang itu’. Lalu iapun dicintai oleh seluruh penghuni langit. Kemudian diletakkanlah satu penerimaan dalam hati penduduk bumi.
Sebaliknya apabila Allah Taala itu membenci membenci seseorang hambaNya, lalu dipanggilkan Jibril. Kemudian berfirman:
“Sebenarnya Aku ini membenci si Anu itu, maka bencilah ia. Orang itupun dibenci oleh Jibril. Selanjutnya Jibril berseru di langit dan berkata: ‘Allah membenci si Anu, maka bencilah orang itu’. Iapun lalu dibenci oleh seluruh penghuni langit. Kemudian diletakkanlah rasa kebencian itu dalam hati penduduk bumi.
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

RENUNGAN AL-QURAN 219 - Solat Tahajjud

SOLAT TAHAJJUD

1.Wahai orang-orang yang berselimut! 2. Bangunlah solat Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat), 3.Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, 4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil” 5. (Sayugialah engku dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran) yang mengandungi perintah-perintah yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). (AL-MUZZAMMIL: 1-5)

Monday, January 7, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 218 - Perpisahan

SAAT PERPISAHAN
 
26. Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkongan. 27. Dan (orang yang hadir di sisinya heboh) berkata; "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?" 28. Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan; 29. Serta kedahsyatan matipun bertindih-tindih; 30. (Maka) kepada Tuhanmulah-pada waktu itu-engkau dibawa (untuk menerima balasan). (AL-QIAAMAH; 26-30)

GETARAN JIWA - Taubat

TAUBAT

Aku hanyalah insan biasa
Amat lemah terdedah terarah
Buat maksiat noda dosa
Dalam sembunyi mahupun terang
Dosa kecil mungkin mudah
Hilang lenyap dibuang
Dosa besar pastilah payah
Berat  beban bukan kepalang
Tompok titik noda-noda
Hitam pekat likat melekat
Pada hati jiwa ragaku
Sesungguhnya  aku ini amat menyesal
Amat gusar sedih menakutkan
Azab seksa yang Engkau janjikan
Dalam kelam gelita malam
Bersama  jiwa tangis senduku
Biarlah hakis kikis hilang terbang
Ya Allah Ya Rab’bi
Aku  berserah diri pada-Mu
Aku mohon keampunan-Mu
Aku pinta pertolongan-Mu
Aku dambakan redha-Mu
Aku bertaubat kepada-Mu
Agar diriku Engkau suci bersihkan

Kelana Putera
Bingkisan Qalbu
Pantai Teluk Lipat,
Dungun Terengganu,
Isnin 7.1.2013,
24 Safar 1434.

Sunday, January 6, 2013

SALAM MESRA MAWAR MERAH 2013

Kita telah seminggu berada dalam tahun 2013 dengan harapan dan hasrat yang pasti lebih gemilang daripada apa yang telah kita capai pada tahun 2012 yang baru saja meninggalkan kita. Yang berlalu tetap menjadi kenangan ingatan, manakala yang mendatang belum tentu membawa ribuan kebaikan, kejayaan dan kebahagian! Apakah erti dan makna semua itu?
 
Setiap kali melangkah ke tahun yang baru, setiap diri memasang niat, hasrat dan cita-cita untuk lebih berjaya dan berbahagia, merangkumi pelbagai aspek kehidupan diri, keluarga dan bermasyarakat - soal-soal pendidikan, kerjaya, ekonomi, kehidupan sosial dan bermacam perkara lagi menyentuh minda dan jiwa kita. Secara mudahnya kita boleh bertanya diri sendiri: Apakah yang hendak aku capai dalam tahun 2013 ini? Bagaimanakah aku boleh melakukan yang terbaik untuk mencapainya?
 
Masing-masing kita mempunyai andaian dan pandangan sendiri mengenai hal itu. Namun secara rasional dan bijaksana kita harus mengubah banyak perkara bagi mencapai kejayaan yang lebih baik berbanding dengan tahun 2012 dan tahun-tahun yang sebelumnya.
 
Apakah penyelesaian yang terbaik (the best solution) yang mesti kita bentuk dan bina sehingga apa yang kita hasratkan dan inginkan bagi tahun 2013 ini menjadi realiti? Ringkasnya kita mungkin sekali amat perlu memperkasakan diri - minda, hati dan budi (pengetahuan, sikap, motivasi, disiplin, dedikasi, kemahiran, komunikasi dan sebagainya) agar kita boleh berfikir dan betindak dengan lebih sempurna. Apa impian sekalipun tidak akan menjadi kenyataan tanpa ada tindakan.
 
Selamat menghadapi tahun 2013 anda dengan minda hati budi yang lebih perkasa..menuju destinasinya. Try your best, do your best dan be the best"  All the best..!!!
 

RENUNGAN AL-QURAN 217

APAKAH ITU KEMENANGAN YANG BENAR?

10. Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? 11. Iaitu kamu, beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan Agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahuin (hakikat yang sebenarnya). 12. Dengan itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga “And”. Itulah kemenangan yang benar. (AS-SAFF: 10-12)