Friday, January 18, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 226 - Petunjuk hidayah


HIDAYAH PETUNJUK ALLAH

23. Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunujuk Allah, Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya. (AZ-ZUMAR;23)

Thursday, January 17, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 225

APA YANG MENGHALANG MANUSIA DARIPADA BERIMAN?

7. Demi sesungguhnya telah tetaplah hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman. 8. Sesungguhnya Kami jadikan kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak. 9. Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat).

Tuesday, January 15, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 223 - JAUHI SYIRIK

JAUHI DIRI DARI SYIRIK

30. (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan: (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang  Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Ar-RUM; 30)

RENUNGAN AL-QURAN 224

MOHON DIKEMBALIKAN SEMULA KE DUNIA?

11. Katakanlah (wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh Malakul-Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)”. 12. Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu hina, sambil merayu); “”Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin” (AS-SAJDAH: 11-12)

Sunday, January 13, 2013

LUKISAN RASA - Kembali

Kembali

Dalam rela mahupun paksa
dalam redha gembira ria
dalam mungkar durhaka duka
semua  mesti pulang kembali
sendirian bertelanjang
dalam sunyi pilu sepi
ada buta, tuli dan bisu
merangkak, berjalan dan berlari
atau apajua keadaanya
menuju perhimpunan maha besar
dibukakan suratan amal
tangan kanan ertinya berbahagia
tangan kiri ertinya berdukacita
amal baik amal jahat
seberat dzarrah  ditimbang jua
tiada  tawar menawar
tiada dunia kali kedua
sekalipun darah gantikan air mata
itulah sumpah janji sejak azali
apakah manusia patuh sabar setia
atau ingkar rakus  durhaka
semua  kita pulang kembali
jalan bengkok pasti tersesat
jalan lurus  selamatlah tiba
kehadirat  Allah Yang Maha Esa


Kelana  Putra
Bandar Bukit Puchong

Isnin  14 Januari 12013
2  Safar 1434.

 

RENUNGAN AL-QURAN 122 - KATA BERIMAN

KATA BERIMAN TAPI BERDUSTA

Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: Kami beriman kepada Allah;Kemudian apabila dia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, dia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu dia  taatkan manusia) dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangann kepadamu, maka sudah tentu akan berkata: Kami adalah sentiasa bersama kamu. (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekelian makhluk? (AL-‘ANKABUT:10)

Friday, January 11, 2013

LUKISAN RASA - andainya aku....


ANDAINYA…

Andainya aku..!
Cenderawasih di angkasa biru
aku bernyanyi menari bersama arak awan
lepas bebas riang
tetap tumpas rebah menyembah bumi

Andainya  aku..!
Seteguh karang di samudera dalam
aku mampu bertahan diterjah gelombang
tidak patah punah ranah
semacam pasir sentiasa berpindah ubah

Andainya aku..!
Sebuah patung boneka bikinan
aku  dijadikan mainan hilai gelak tawa
ramai manusia dan syaitan

Andainya aku…!
Sepohon kayu 
Aku beri buah-buah ranum dan teduhan
meliuk lintuk patah tumbang
bila angin ribut menyerang
boleh mati lintang pukang

Andainya aku…!
Segagah seutuh Titiwangsa
aku tetap perkasa tegak segak
biarpun dilanda puitng beliung raksasa
tiada bimbang tiada gusar
hingga tamat riwayatnya bersama dunia

 

KELANA PUTRA
Bandar Bukit Puchong,
Selangor Darul Ehsan,

Sabtu 12.Jan 2013,
29 Safar 1434.

 

 

Thursday, January 10, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 221 - Bawa berita dusta


 
BERDOSA BESAR BAGI ORANG-ORANG YANG MEMBAWA BERITA DUSTA

11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang daripada mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesusahan yang dilakukannya itu, dan orang-orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat)…15.Ia itu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu, dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak memunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula  menyangkanya perkara kecil; padahal ia pada sisi hukum  Allah adalah perkara yang besar dosanya. (AN-NUR; 11 & 15)