Thursday, January 24, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 230


MENGAPA ALLAH MENGUTUSKAN NABI MUHAMMAD SAW.

8. Sesungguhnya Kami telah mengutus kamu (wahai Muhammad) sebagai Rasul yang menjadi saksi (yang  diterima keterangannya) dan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). 9. (Kami mengutusmu wahai Muhammad) supaya engkau dan umatmu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan supaya kamu kuatkan agama-Nya serta memuliakan-Nya, dan supaya kamu beribadat kepada-Nya pada waktu pagi dan petang (AL-FAT-H: 8-9)

Wednesday, January 23, 2013

LUKISAN RASA-Salam sejahtera


Salam sejahtera

Nabi Muhammad Rasul terakhir
Pesuruh Allah membawa Al-Quran
menyebar syariat dan ajaran
tiada batas ruang sempadan
memancar cahaya ke pelusuk alam
membawa berita khabar gembira
ada petunjuk, peringatan dan amaran
untuk umat manusia akhir zaman
ada yang menentang menghina
sunnah Nabi saw. ditinggalkan

hanya  yang patuh dan beriman

mahu berbuat bakti  kebajikan
dalam sembunyi mahupun terangan
pada siang dan pada malam
hidup dalam syariat Islam
pasti  mendapat rahmat berpanjangan
dalam dunia pancaroba ujian
menuju akhirat kekal berpanjangan
kau warisi Al-Quran agung mulia
kau wasiatkan Sunnahmu untuk bersetia  
Salam sejahtera atas mu, Ya Raulullah saw.

Kelana Putra
Taman Bijaya Sura, Dungun,
Khamis 24.1.2013
12 Rabiul-awal 1434.

 

Monday, January 21, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 230 - Jiwa yang tenang

JIWA YANG SENTIASA TENANG TENTERAM

27.Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! 28. Kembailah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) 29. Serta masuk  engkau kedalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia. 30. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku! (AL-FARJ 27-30)

RENUNGAN AL-QURAN - Bintang-bintang (Stars)

86-SURAH AT-TARIQ

1.Demi langit dan At-Tariq; 2. Dan apakah jalannya engkau dapat mengetahui apa dia At-Tariq itu? 3. (At-Tariq) ialah bintang yang menembus sinaran cahayanya; 4. Tiada suatu diri juapun ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya). 5. (Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan; dari apa ia diciptakan. 6. Ia diciptakan dari air  (mani) yang memancut (ke dalam rahim), 7. Yang keluar dari “tulang sulbi” lelaki dan “tulang dada” perempuan. 8. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa mengembalikan (hidup semula sesudah mati), 9. Pada hari didedahkan segala yang terpendam dihati (dari iktikad, niat dan lain-lainnya). 10. Maka (pada saat itu) tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan (untuk membela diri), dan tidak ada penolong (yang dapat memberikan pertolongan). 11. Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan,12. Dan bumi yang merkah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan, 13. Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar), 14.Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok. 15. Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad), bermati-matian menjalankan rancangan jahat,16. Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka dan mengagalkannya). 17. Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.

1. By the heaven, and At-Tariq (the night-comer, i.e. the bright star) 2. And what will make you to know what At-Tariq (night-comer) is?3. (It is) the star of piercing brightness;4. There is no human being but has a protector over him (or her) (i.e. angels incharge of each human being guarding him, writing his good and bad deeds, etc.) 5. So let man see from what he is created! 6. He is created from a water gushing forth 7. Proceeding from between the back-bone and the ribs, 8. Verily, (Allah) is Able to bring him back (to life)! 9. The Day when all the secrets (deeds, prayers, fasting, etc.) will be examined (as to their truth). 10. Then will (man) have no power, nor any helper. 11. By the sky (having rain clouds) which gives rain, again and again.12. And the earth which splits (with the growth of trees and plants), 13. Verily! This (the Qur'an) is the Word that separates (the truth from falsehood, and commands strict legal laws for mankind to cut the roots of evil). 14. And it is not a thing for amusement. 15. Verily, they are but plotting a plot (against you O Muhammad ( )). 16. And I (too) am planning a plan.17. So give a respite to the disbelievers. Deal you gently with them for a while.

Thanks, Was’salaam!

 

RENUNGAN AL-QURAN 229 - Apakah Allah berjual beli?


ALLAH BERJUAL BELI DENGAN HAMBANYA YANG BERIMAN

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah; maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang sedemikian ialah) sebagai janji yang benar yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapa lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”.(AT-Taubah: 111)

Saturday, January 19, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 228 - selamat tinggal..!

SELAMAT TINGGAL

87. Demi sesungguhnya! Jika engakau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang mencipta mereka?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!” (Jika demikian) bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakan-Nya)? 88. Dia (Dia-lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah pada-Mu untuk mengadilinya)” 89. (Tuhan menjawab rayuan dengan berfirman): Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: “Selamat tinggal! Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!” (AZ-ZUKHRUF;87-89)

GEGARAN QALBU - Sumpah janji


SUMPAH JANJI
Sudah termaktub
segala sumpah janji-Nya
tidak padam takkan hilang
semuanya di catat dalam Al-Kitab
sudah lengkap sempurna
rahsia dipelihara terpelihara
pasti tetap terjadi - menjadi
dalam tujuh petala langit - bumi
bersama seluruh isinya
sejak azali sediakala
setiap sesuatu hanya menunggu
tiba saat ketikanya
manusia hidup pasti merasai mati
di alam kubur lama menanti
dibangkitkan  hidup kembali
diri sendiri menjadi saksi
dalam bimbang gundah gulana
terima suratan amalan sendiri
tangan kanan atau tangan kiri
Sijjin atau Illiyin
timbangan amal dihitung kira
seberat  zarrah amatlah bermakna
di atas al-mizan yang saksama
beratkah dosa atau pahala
meniti Sirath bukan mainan
nasib diri jadi taruhan
apakah untung ataukah rugi
antara dua destinasi milik-Mu
aku tiada miliki daya upaya
hanyalah aku pasrah pada-Mu
Ya Rab’bi.. Ya Ilahi…!

Kelana Putra
Lukisan rasa
Teluk Bidara, Dungun
Sabtu 20.1.2013
7 Rabiul-awal 1434.

Friday, January 18, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 227 - MENERIMA BALASAN

DIBANGKITKAN UNTUK MENERIMA BALASAN

68. Dan sudah tentu ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangakala lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing). 69. Dan akan bersinar terang benderang bumi (hari akhirat dengan cahaya Tuhannya; dan akan diberikan Kitab suratan amal (untuk dibicarakan); dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi; dan akan dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasan sedikitpun. 70. Dan akan disempurnakan bagi tiap-tiap seorang-balasan apa yang telah dikerjakannya, dan Allah lebih mengetahui akan apa yang telah mereka lakukan (AZ-ZUMAR: 68-70)