wasiat
Sabda Rasulullah s.a.w.
"Sesungguhnya dari sifat-sifat orang mukmin itu ialah kuat dalam beragama; tegas dan tetap pendirian dalam berlembut:keimanan dalam yakin;kuat keinginan dalam ilmu; kasihn belas dalam kebencian; penyantun dalam ilmu; sederhana dalam kekayaan; berperangai indah dalam kesempitan; mengelak diri dari sifat tamak; berusaha dalam apa yang halal; kebaikan dalam istiqamah; cergas dalam bimbingan (Allah); melarang diri dai keinginan yang rendah; kasihan belas kepada mereka yang tertindas; dan sesungguhnya orang mukmin itu adalah termasuk ke dalam golongan hamba Allah yang tidak berlaku zalim kepada orang yang dimarahinya; tidak menggunakan gelaran (keji); tidak melakukan dosa dalam (memberikan layanan kepada) sesiapa yang dikasihinya;tidak menyiakan apa yang diamanahkan kepadanya; tidak dengki; tidak mencaci; tidak melaknat; mengakui apa yang hak,walaupun ia tidak menyaksikan atasnya; tidak menggunakan gelaran-gesyukur laran (yang keji ke atas orang lain); khusukdidalam sembahayang; segera didalam menunaikan zakat: tenang dalam keadaan huru hara; mengawal diri dalam keadaan senang; besyukur dan bersikap memadai dengan apa yang ada padanya; tidak mendakwa apa yang bukan haknya; tidak berhimpun dalam kamarahan; dia tidak dikuasai oleh sifat bakhilb(sehingga tidak melakukan kebaikan yang diingini); dia bergaul dengan manusia untuk memberi pengajaran kepada mereka; dia berbicara kepada mereka untuk memberikan kefahaman kepada mereka; kalau dilakukan kezaliman dan dilakukan kejahatan keatasnya , maka dia bersabarsehingga
Monday, February 28, 2011
Monday, February 21, 2011
RENUNGAN MINDA HATI BUDI
TITISAN TINTA - SIRI 5
KEUTAMAAN AKHLAK YANG BAIK
KEUTAMAAN AKHLAK YANG BAIK
Akhlak yang baik adalah asas bagi kehidupan semua manusia. Akhlak secara ringkasnya dapat dimaksudkan sebagai adab, budi pekerti, kesopanan dan tingkahlaku yang baik. Bagi orang Islam akhlak yang baik adalah merupakan perintah Allah s.w.t. Satu-satunya contoh teladan manusia agung, mulia dan terpuji akhlaknya adalah Baginda Rasulullah s.a.w. Marilah sama-sama kita memahami, meneliti dan menghayati akhlak yang baik agar hidup kita semua mendapat rahmat dan perlindungan Allah s.w.t. di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.
Dalam kehidupan moden pada hari ini kita semua sedang menghadapi krisis kemanusiaan dan keruntuhan akhlak yang semakin parah. Krisis kemanusiaan dan krisis sosial ternyata bermula dengan kemerosotan, kelemahan dan kejatuhan akhlak di kalangan hampir seluruh umat manusia melewati bangsa, agama dan budaya. Tindakan-tindakan penzaliman, diskriminasi, penindasan, pencerobohan, penjajahan, jenayah, penyeludupan dan lain-lain semuanya sedikit sebanyak mencerminkan kejatuhan dan kemerosotan akhlak. Semua ini berlaku di semua peringkat - global atau antarabangsa, negara, organisasi atau komuniti yang lebih kecil di dunia Islam dan bukan Islam.
Biar apapun, persoalan ini mestilah ditangani dan diselesaikan dengan penuh amanah, tanggungjawab dan kebijaksanaan oleh semua pihak dalam masyarakat global atau antarabangsa atau sesebuah negara. Amalan akhlak yang baik mestilah menjadi agenda penting bagi menghadapi kehidupan moden globalisasi yang penuh cabaran dan persaingan sengit ini. Para pemerintah, pemimpin, ulama, ilmuan, pendidik, budayawan, aktivis masyarakat dan ibu bapa bahkan semua pihak dalam sesebuah negara dan masyarakat sesungguhnya memikul amanah, tanggungjawab, peranan dan pengaruh masing-masing yang sekaligus dapat membentuk, memupuk dan membina akhlak yang baik.
Biar apapun, persoalan ini mestilah ditangani dan diselesaikan dengan penuh amanah, tanggungjawab dan kebijaksanaan oleh semua pihak dalam masyarakat global atau antarabangsa atau sesebuah negara. Amalan akhlak yang baik mestilah menjadi agenda penting bagi menghadapi kehidupan moden globalisasi yang penuh cabaran dan persaingan sengit ini. Para pemerintah, pemimpin, ulama, ilmuan, pendidik, budayawan, aktivis masyarakat dan ibu bapa bahkan semua pihak dalam sesebuah negara dan masyarakat sesungguhnya memikul amanah, tanggungjawab, peranan dan pengaruh masing-masing yang sekaligus dapat membentuk, memupuk dan membina akhlak yang baik.
Berikut ini saya perturunkan beberapa petikan firman Allah s.w.t. dan hadis Rasullullah s.a.w. untuk renungan minda hati budi kita bersama. Kemerosotan dan kejatuhan akhlak inilah satu-satunya penyakit kehidupan dan kemanusiaan yang sedang mengancam kita di mana jua.
PERTAMA, akhlak yang baik menurut ajaran Islam adalah merupakan perintah Allah s.w.t sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Quran dan diamalkan oleh manusia agung Rasulullah s.a.w. Seseorang mukmin yang mempunyai akhlak yang baik pasti mendapat kemuliaan, kedudukan dan ganjaran samaada di dunia atapun di akhirat kelak. Baginda s.a.w. bersabda dengan membawa maksud "Akhlak yang baik adalah ciptaan Allah s.w.t.yang teragung"
KEDUA, Baginda Rasulullah s.a.w. merupakan seorang manusia dan rasul pilihan Allah s.w.t. yang mempunyai akhlak yang paling agung, sempurna, mulia dan terpuji. Allah s.w.t. memuji Baginda dengan firman-Nya ".dan sesungguhnya engkau benar-benar berakhlak agung" (Al-Qalam: 4) Baginda s.a.w. pernah bersabda dengan maksud "Sesungguhnya aku hanyalah diutus demi menyempurnakan akhlak yang mulia" Dengan itu satu tugas kerasulan yang penting ialah mengembangkan akhlak yang baik dikalangan umatnya.
KETIGA, setiap mukmin yang mempunyai akhlak yang baik pasti mendapat tempat dan balasan disisi Allah s.w.t. sebagimana dinyatakan dalam sabda Baginda s.a.w. bermaksud "Sesuatu yang pertama kali akan diletakkan di atas meraca atau mizan pada Hari Kiamat adalah akhlak yang baik dan kedermawanan" dan bersabda lagi dengan maksud "Timbangan yang paling berat dari apa yang diletakkan di atas neraca Hari Kiamat kelak adalah taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik"
KEEMPAT, Baginda s.a.w. sangat mencintai orang yang berakhlak mulia dan bersabda dengan maksud "Sesungguhnya yang paling kucintai diantara kamu dan paling dekat tempat duduknya denganku, pada Hari Kiamat adalah yang paling baik akhlaknya."
KELIMA, setiap mukmin yang mempunyai akhlak yang baik adalah tinggi darjatnya disisi Allah s.w.t. Dalam hal ini Baginda s.a.w. bersabda dengan maksud "Kemuliaan diri seorang mukmin adalah agamanya, sedangkan ketinggian darjatnya adalah dalam kebaikan akhlaknya, kesatriaan dan kelurusan akalnya".
Setiap petikan dan fakta yang saya paparkan secara ringkas ini tentu boleh diperjelaskan dan dikupas dengan panjang lebar dan mendalam lagi. Ini hanyalah sekadar selayang pandang mengenai apa yang dimaksudkan dengan keutamaan akhlak yang baik yang telahpun difirmankan Allah sw.t. dan sabda ungkapan Baginda Rasulullah s.a.w. Semoga kita terus mencari dan menggali persoalan ini bak permata yang semakin pudar di telan zaman dengan niat untuk mendapat nikmat dan keredhaan-Nya jua. Salam sejahtera kepada anda semua.
Setiap petikan dan fakta yang saya paparkan secara ringkas ini tentu boleh diperjelaskan dan dikupas dengan panjang lebar dan mendalam lagi. Ini hanyalah sekadar selayang pandang mengenai apa yang dimaksudkan dengan keutamaan akhlak yang baik yang telahpun difirmankan Allah sw.t. dan sabda ungkapan Baginda Rasulullah s.a.w. Semoga kita terus mencari dan menggali persoalan ini bak permata yang semakin pudar di telan zaman dengan niat untuk mendapat nikmat dan keredhaan-Nya jua. Salam sejahtera kepada anda semua.
Sunday, February 20, 2011
RENUNGAN MINDA HATI BUDI
WASIAT (Daripada Misri, Dzun-Nun-Al Wafat 246 Hijrah/861 Masehi)
"Wahai saudara-saudaraku, ketahuilah bahawa tidak ada kemuliaan yang lebih tinggi daripada ISLAM, tidak ada kemurahan lebih indah daripada TAQWA, tidak ada akal yang dapat menyamai daripada KESALIHAN, tidak ada bantuan yang lebih manfaat daripada TAUBAT, tidak ada pakaian yang lebih hebat daripada KESIHATAN, tidak ada perlindungan yang lebih kaya daripada MERENDAHKAN DIRI, begitu juga tidak ada harta yang lebih berharga daripada KERELAAN dengan makananmu apa yang ada!..."
Friday, February 18, 2011
Puisi : Dalam Rindu
Dalam rindu kuseru namaMu
Pujian pujaan sekelian alam
Engkau Wujud sama NamaMu
Ya Allah – hanyalah Engku Yang Satu
Tiada mula tiada akhir
Engkaulah Yang Maha Suci Maha Tinggi
Terbilang mengisi pelusuk alam
Tiada tandingan bukan bandingan
Melampaui batas masa ruang
Berjuta rahsia membalut namaMu
99 cabang sifatMu
Engkaulah Yang Maha segalanya
Kau Pancarkan rahmat dan hidayahMu
Merentasi tujuh petala langit dan bumi
Tiada yang mampu menghitung kira
Ketika tenang meskipun gelombang
Pada saat bahagia mahupun duka
Pada waktu aman sekalipun perang
Semua makhluk memuji namaMu
Tak kira tempat tak kira masa
Pagi petang siang malam
Menari di pentas minda
Melagu di bibir mesra
Menusuk di lubuk hati
Membenam di penjuru kalbu
Tak kan padam sampailah kiamat
Tapi tak ramai memendam rindu
Mengingat memuji memuja namaMu
Demi masa yang terus berlalu
Aku, kau dan semua pasti rugi
Peluang dan ruang datangnya sekali
Pasti tidak ada lagi
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Kiniku serahkan diriku padaMu
Kupohonkan ampun taubat dariMu
Kupendam rayu tagih cintaMu
Kusujud sembah taat setia padaMu
Kaulah Yang Maha Tahu
Itulah pintaku……. hambaMu
Kelana Putra
Bandar Bukit Puchong
Selangor DE
13 Rabiul’awal 1432, 16 Februari 2011
Thursday, February 17, 2011
Titisan Tinta Siri 4 - Pembangunan Akhlak
TITISAN TINTA
Akhlak mempunyai peranan dan pengaruh yang amat penting dalam kehidupan kerana ia mencerminkan keperibadian, kepercayaan, pemikiran, sikap, nilai dan tingkahlaku setiap diri manusia, kumpulan, komuniti dan masyarakat. Sejarah telah membuktikan bahawa kekuatan sesuatu masyarakat dan negara bangsa itu bergantung kepada kekuatan-kekuatan pegangan agama, ekonomi, ketenteraan, politik, kepimpinan, dan juga kepada kekuatan akhlak semua warga masyarakatnya.
Kemajuan sesuatu peradaban atau tamadun itu sendiri mempunyai perkaitan erat dengan pembangunn dan kemajuan akhlak masyarakat bangsa itu sendiri. Dalam syairnya Shauqi Bay telah mengungkapkan bahawa “Sesuatu bangsa itu tetap hidup selama akhlaknya tetap baik, apabila akhlak mereka sudah rosak, musnahlah bangsa tersebut.” Pekara ini tentu dapat dibuktikan dengan kemerosotan dan akhirnya kejatuhan beberapa empayar negara bangsa yang ternama baik dalam dunia Islam mahupun bukan Islam seperti Empayar-empayar Rom, Abbasiyah, Othamaniah, Moghul dan Empayar Melayu Melaka.
Dalam dunia dan masyarakat moden pada zaman ini, tanpa mengira batas sempadan bangsa dan agama, kita sesungguhnya sedang mengalami krisis kehidupan dan kemanusiaan yang semakin parah. Buktinya ialah dengan peningkatan pelbagai kejadian kezaliman, diskriminasi atau penindasan ras dan agama, neo-kolonialisme, ancaman peperangan, penghapusan etnik, jenayah sosial dan ekonomi, penyeludupan, perdagangan manusia, rasuah dan lain-lain yang sebahagiannya berkemungkinan besar merupakan agenda dan perancangan pihak-pihak tertentu.
Kejadian semua semua fenomena yang mengancam kehidupan dan manusia itu sendiri adalah merupakan akibat atau impak daripada perubahan hidup seperti perkembangan pengaruh ekonomi kapitalis yang mengutamakan kebendaan, persaingan lebih sengit dalam ekonomi dan kuasa politik antarabangsa, pertentangan ideologi atau agama, pengabaian terhadap pemupukan nilai-nilai murni dan pendidikan akhlak, pengaruh negatif media massa dan teknologi moden dan lain-lain perubahan budaya dan sosial atas nama pembangunan, kemajuan dan pemodenan.
Satu perkara penting yang perlu disedari ialah bahawa proses pembentukan dan pembangunan akhlak adalah menjadi tanggungjawab semua pihak dalam masyarakat dan bukanlah hanya kepada pihak berkuasa atau kerajaan semata-mata. Semua pihak dalam masyarakat mempunyai tanggungjawab terhadapnya. Diperingkat global dan antarabangsa pula ia adalah menjadi tanggungjawab dan amanah semua kuasa besar politik dan ekonomi dunia, disamping sokongan negara-negara kecil yang turut serta mewarnai wajah dunia dan kemanusiaannya.
Pada asasnya ada dua bentuk norma yang merupakan sumber rujukan kapada pembangunan akhlak manusia iaitu yang bersandarkan kepada; (a) pegangan dan ajaran agama dan (b) nilai-nilai dan amalan budaya yang berupa tradisi, adat resam dan nilai-nilai hidup yang menjadi amalan sesuatu masyarakat sejak turun temurun.
Kedua-dua sumber ini menjadi rujukan dalam menentukan konsep, nilai-nilai dan amalan akhlak yang boleh diterima dan dipersetujui atau sebaliknya, akhlak yang baik atau buruk, akhlak terpuji atau keji dan lain-lain yang berkaitan. Oleh itu terdapat perbezaan yang begitu ketara antara agama dan budaya masyarakat yang berlainan dalam membentuk konsep, prinsip, kriteria dan penilaian mengenai istilah akhlak, moral, nilai-nilai murni, nilai-nilai kemanusiaan dan hal-hal yang bersangkutan dengannya. Terdapat perbezaan yang jelas mengenai akhlak antara agama-agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha dan lain-lain serta antara masyarakat atau bangsa-bangsa di Eropah, Asia, Afrika dan Amerika.
Namun begitu memang terdapat persamaan antara agama dan masyarakat yang berlainan mengenai nilai dan amalan akhlak yang bersifat sejagat yang dapat diterima umum. Ia merupakan nilai-nilai murni akhlak dan moral yang merentasi sempadan agama dan budaya seperti unsur-unsur kasih sayang, hormat menghormati, kerjasama, persefahaman, kejujuran, kesetiaan, amanah, dedikasi, bertanggung jawab, simpati, terima kasih dan lain-lain. Semua persamaan inilah yang boleh menjadi sumber kekuatan dalam mengukuhkan hubungan baik dan persahabatan antara semua agama, masyarakat, bangsa dan negara yang berlainan dan berbeza.
Konsep dan amalan mengenai pembangunan dan pendidikan akhlak sesungguhnya meliputi pengertian dan skop yang begitu luas dan mungkin amat berbeza mengikut fahaman dan rangka pemikiran tertentu. Apalagi apabila ia hendak diterjemahkan kedalam bentuk aktiviti-aktiviti dan amalan-amalan dalam sistem pendidikan formal, organisasi dan pentadbiran kerajaan dan swasta. Tentu timbul pelbagai perbezaan pendapat dalam usaha merealisasikan pemikiran, sikap, nilai dan amalan akhlak yang dapat dipersetujui sebagai baik secara menyeluruh dan bersepadu.
Akhlak secara ringkasnya dapat diertikan sebagai adab iaitu budi bahasa, adat sopan, etika, kesusilaan, meliputi semua tingkahlaku atau perbuatan baik yang boleh diterima umum. Pada tingkatan atau tahap yang lebih tinggi ia merupakan semua sikap dan tingkahlaku mulia dan terpuji sebagaimana keperibadian dan perbuatan Rasulullah s.a.w. Agama Islam sendiri mempunyai pengertian dan asas-asas tertentu dalam membentuk dan mengembangkan akhlak individu dan seluruh warga masyarakatnya. Kita singkap perkara ini dalam Titisan Tinta Siri 5 nanti.
Monday, January 31, 2011
Titisan Tinta Siri 3 - Pembangunan Potensi Diri
TITISAN TINTA
Setiap insan (termasuk murid dan pelajar) dianugerahi Ilahi dengan segala kelebihan dan keistimewaan sebagai makhluk ciptaannya yang paling sempurna. Secara mudahnya setiap diri manusia itu terbentuk daripada dua bahagian utama iaitu JASAD dan ROH. Jasad dapat dijelaskan sebagai ciri dan sifat fizikal/jasmani membentuk sistem tubuh badan merangkumi semua bahagian seperti kepala, panca indera, badan, kaki, tangan, lengan, tengkok, pinggang, peha, betis, sistem tulang, urat saraf, darah, organ-organ dan lain-lain seadanya fisiologi dll
ROH pula merupakan bahagian diri manusia yang tidak nampak dan tidak boleh dipegang, tetapi tanda kewujudannya dijelaskan dengan adanya
Potensi setiap diri manusia dapat diringkaskan sebagai apa sahaja KEBOLEHAN atau KAPISITI semulajadi anugerahTuhan. Secara fitrahnya ia terdiri daripada empat aspek atau komponen utama yang biasa diringkaskan sebagai JERI ( jasmani, emosi, rohani dan intelek)
Sekiranya matlamat atau tujuan utama pendidikan ialah mendidik insan, maka semua aspek potensi diri yang terdiri JERI itu mestilah dibangunkan secara menyeluruh dan bersepadu. Beberapa perkara pokok yang menjadi asas kepada proses pendidikan perlulah diberi pertimbangan yang sewajarnya dan ia mungkin bersifat kesejagatan. Beberapa istilah yang berbeza juga pernah digunakan bagi aspek JERI iaitu:
Pertama, jasmani (jasad atau fizikal),
Kedua, emosi (jiwa atau perasaan hati),
ketiga, rohani (roh atau spiritual) dan
keempat, intelek (akal atau minda)
Antara perkara-perkara pokok yang perlu diberi pertimbangan sewajarnya ialah seperti
- Membentuk suatu kurikulum yang menyeluruh dan bersepadu dengan tujuan membangunkan semua aspek JERI
- Menyedari bahawa terdapat perbezaan potensi atau kapisiti antara individu dan kumpulan pelajar disebabkan pelbagai faktorbaka dan keadaan persekitaran ekonomi, sosial dan budaya yang mungkin mempunyai perbezaan dalam keperluan terhadap pendidikan.
- Mewujudkan suatu kesinambungan pendidikan bermula dari peringkat prasekolah, memasuki peringkat sekolah rendah, menengah dan peringkat pendidikan tinggi.
- Memberi perhatian yang sewajarnya kepada perkembangan pelbagai kepintaran (multiple intelligences) supaya semua bahagian potensi diri insan dapat dikenalpasti dan dimajukan.
- Menggunakan pelbagai pendekatan teori dan praktik pedogogi dan penilaian yang sesuai untuk mencapai matlamat dan objektif yang di tetapkan’
- Memberi perhatian secukupnya kepada unsur-unsur terkini yang diperlukan berupa kemahiran-kemahiran berfikir, inovasi, kreativiti, komunikasi berkesan, pengurusan diri, motivasi diri, kepimpinan berkualiti, keusahawanan, kemahiran-kemahiran ICT, kesedaran sosial, alam sekitar dan lain-lain.
- Memberi pertimbangan kepada beberapa isu dan persoalan utama seperti ekuiti,ekualiti, aksesibiliti, kualiti pendidikan merentasi ruang dan masa.
Hal ini menunjukkan dengan jelas bahawa kapasiti atau keupayaan manusia itu bersifat menyeluruh dan menggambarkan diri insan yang yang sebenarnya. Apa yang perlu ialah bukan sekadar memahami ciri-ciri keupayaan seseorang pelajar tetapi yang lebih penting ialah bagaimana seluruh keupayaan (JERI) dapat dibangunkan atau dikembangkan bagi mencapai tujuan atau matlamat yang dikehendaki atau ditetapkan.Tujuan dan matlamat pendidikan pada asasnya merupakan tindakan dan proses untuk;
Monday, January 24, 2011
Mawar Putih
Mawar putih mahkota kasih
Selembut sutera setulus air mata
Mutiara kasih anak - ayah bonda
Belaian mesra permata jiwa
Tanpa batas ruang masa
Apakah untuk selamanya?
Mawar putih anugerah Ilahi
Berkorban nyawa bertarunglah jiwa
Melahirkan dan membesarkan
Bersama kemelut derita dan bahagia
Kasih sejati ditagih jua
Sampai bila dan bagaimana?
Mawar putih mekar suci murni
Seharum kasturi meniti masa
Ayah bonda dimamah usia
Jiwa raga kian pudar
Semakin pilu bertambah lesu
Menunggu saat penghujung nyawa
Sebuah harapan bernama memori
Tak mungkin padam di dalam hati
Pada yang kasih dan tersayang
Mawar putih seindah mimpi harapan
Setinggi gunung mencecah janji
Dekat di mata jauh di hati
Lupa diri menjadi durhaka
Tiada lagi dakapan kasih mesra
Di taman hati sudah buta dan beku
Mawar putih hilang entah ke mana
Anak berkelana cari ayah bonda dan...
di manakah jalan lurus ke pintu Firdausi?
Kelana Putra
Selasa 25 Februari 2011
20 Safar 1432, Sura, Dungun.
Sunday, January 9, 2011
Titisan Tinta Siri 1 -Dasar Pendidikan Kebangsaan
TITISAN TINTA
Perkembangan dan perubahan pesat sistem pendidikan negara bermula semejak kemerdekaan pada tahun 1957.Laporan Razak 1956 telah memberi pertimbangan secukupnya kepada kepelbagaian bahasa, agama dan budaya masyarakat berbilang kaum atau masyarakat majmuk Tanah Melayu (kemudian pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963) dalam proses pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Pendahuluan Akta Pelajaran 1961 menyatakan bahawa “Dasar Pelajaran yang diistiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya..”
Dasar pecah dan perintah dan impak negatif akibat penjajahan bangsa Eropah yang bermula dengan Portugis, Belanda dan kemudiannya Inggeris semenjak kejatuhan Empayar Melayu Melaka pada tahun 1511 telah meruntuhkan sistem politik dan ekonomi Bumiputera, digantikan dengan sistem politik dan ekonomi Inggeris yang berbentuk pemusatan,ekonomi kapitalis dan dualism.
Sistem pendidikan atau persekolahan di bawah zaman penjajahan Inggeris lebih bersifat pengasingan demi menjaga kepentingan politik dan ekonomi mereka.Oleh itu sistem pendidikan di bawah penjajahan Inggeris ini dibiarkan bergerak mengikut aliran bahasa ibunda pelbagai kaum iaitu sekolah-sekolah aliran Melayu, Cina, Tamil, Inggeris dan agama. Semua jenis aliran sekolah ini menggunakan bahasa pengantar, kurikulum (sukatan pelajaran dan buku teks), bentuk penilaian dan, latihan guru, kemudahan-kemudahan persekolahan dan pentadbiran yang berbeza.
Sistem pendidikan ini ternyata bukan sahaja tidak dapat memenuhi hasrat perpaduan masyarakat berbilang kaum malah gagal memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat dan pembangunan negara terutama sekali dalam memenuhi hasrat sebagai negarabangsa yang merdeka dan berdaulat.
Semenjak mencapai kemerdekaan beberapa perkembangan dan perubahan penting telah dilakukan dalam memenuhi harapan dan keperluan sebagai satu bangsa yang merdeka dan berdaulat.Antara beberapa perkembangan dan perubahan utama dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tahun 1957 ialah;
- Pelaksanaan sistem persekolahan yang lebih bersifat kebangsaaan dengan pembentukan dua jenis sistem persekolahan iaitu sekolah-sekolah aliran kebangsaan dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan (aliran Inggeris, Cina dan Tamil).
- Penggunaan Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama, Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa-bahasa ibunda lain seperti Bahasa Cina, Tamil dan lain-lain sebagai bahasa pilihan/tambahan.
- Penggunaan kurikulum (sukatan pelajaran dan buku-buku teks) yang lebih berorientasikan masyarakat dan negara Malaysia.Peranan pendidikan kokurikulum juga dipertingkatkan di semua peringkat persekolahan terutama dalam dua dekad kebelakangan.
- Amalan peperiksaan dan penilaian yang bercorak kebangsaan seperti peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Bentuk dan penilaian berasaskan sekolah (school based assessement) mula dilaksanakan selaras dengan konsep penilaian yang lebih menyeluruh dan bersepadu di sekolah-sekolah rendah dan menengah.
- Pengenalan kandungan kurikulum kebangsaan bagi semua peringkat persekolahan meliputi pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan prauniversiti.Kandungan dan orientasi kurikulum disemak dan diperbaharui bagi memenuhi pelbagai keperluan masa hadapan. Juga pengenalan pelbagai pengetahuan dan kemahiran baru yang lebih bersifat kreatif dan inovatif.
- Latihan perguruan yang lebih berkualiti di institusi-institusi perguruan dan universiti-universiti dalam dan luar negara. KPM juga telah lama memperkenalkan program pengsiswazahan di kalangan guru-guru dan mula memperkenalkan program baru Standard Guru Malaysia (SGM)
- Penyediaan kemudahan-kemudahan fizikal, bantuan kewangan, sistem pentadbiran/ pengurusan pendidikan dan sistem sokongan pendidikan yang lebih berkualiti.
Subscribe to:
Posts (Atom)



