Pada ayah ibu tersirat seribu makna
cahaya hati amat disayang
dari kecil hingga dewasa
air mata kasih berlinangan
kerana sedih dan gembira
sepanjang usia bongkok tiga
Pada kekasih menagih cinta
air mata bak sajian
merayu-rayu ratap hiba
siang malam hanya serupa
bila jauh rindu asyik
bila cemburu kecewa putus cinta
Pada-Mu Ya Ilahi
air mata bagaikan titisan hujan
hamba pohonkan taufik dan hidayah
demi hidup di sni dan di sana
moga damai bahagia
abadilah hendaknya.
Kelana Putra
Bandar Puteri,
Bukit Puchong
Selongor DE
16 Sept 2011.
Jumaat 18 Syawal 1432
No comments:
Post a Comment