Fasal kelapan:
Barangsiapa khianat akan dirinya,
apalagi kepada lain.
Kepada dirinya dia aniaya,
orang itu janganlah engkau percata.
Lidah yang suka membenarkan dirinya,
daripada yang lain dapat kesalahannya.
Kejahatan diri sembunyikan,
kebajikan diri diamkan.
Keaiban orang jangan dibuka,
keaiban diri hendaklah sangka.
Tuesday, May 20, 2014
Thursday, May 15, 2014
KELANA PUTRA DUNGUN: TITISAN TINTA 1 (2011)
KELANA PUTRA DUNGUN: TITISAN TINTA 1 (2011): Children Learn What They Live (1998) by Dorothy Law Nolte (1924 - 2005) If children live with criticism, they learn to condemn. If childre...
KELANA PUTRA DUNGUN: GETARAN JIWA - SEBUAH MEMORI
KELANA PUTRA DUNGUN: GETARAN JIWA - SEBUAH MEMORI: Sebuah memori Berlari dalam minda bermain di penjuru kalbu khazanah perjalanan diri merakam beribu hari jadi terlalu peribadi Akan ku sing...
Monday, May 12, 2014
KHABAR GEMBIRA
KHABAR GEMBIRA
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman
dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis
buah-buahan Syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada
kami dahulu”; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi
berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam Syurga itu
pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal
di dalamnya selama-lamanya. (Al-Baqarah;25)
Sunday, May 11, 2014
KELANA PUTRA DUNGUN: GETARAN JIWA - Mawar Putih
KELANA PUTRA DUNGUN: GETARAN JIWA - Mawar Putih: Mawar Putih Mawar putih mahkota kasih Selembut sutera setulus air mata Mutiara kasih anak - ayah bonda Belaian mesra per...
Gurindam Dua Belas (7)
Fasal ketujuh:
Apabila banyak berkata-kata,
di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
itulah tanda hampir duka.
Apabila kita kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan akan sesat.
Apabila anak tiada dilatih,
jika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang.
Apabila banyak berkata-kata,
di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
itulah tanda hampir duka.
Apabila kita kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan akan sesat.
Apabila anak tiada dilatih,
jika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang.
Thursday, May 8, 2014
Gurindam Dua Belas (6)
Fasal keenam:
Carilah olehmu akan sahabat,
yang boleh dijadikan ubat.
Carilah olehmu akan guru,
yang boleh tahukan setiap seteru.
Cari olehmu akan kawan,
pilih segala orang yang setiawan.
Cari olehmu akan abdi,
yang akan baik sedikit budi.
Carilah olehmu akan sahabat,
yang boleh dijadikan ubat.
Carilah olehmu akan guru,
yang boleh tahukan setiap seteru.
Cari olehmu akan kawan,
pilih segala orang yang setiawan.
Cari olehmu akan abdi,
yang akan baik sedikit budi.
Gurindam Dua Belas (5)
Fasal kelima:
Jika hendak mengenal orang yang berbangsa,
lihat kepada budi bahasa.
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang yang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.
Jika hendak mengenal orang yang berbangsa,
lihat kepada budi bahasa.
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang yang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.
Wednesday, May 7, 2014
CERITA PAK KADUK
MALANG PAK KADUK
Ayuhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris tak mati oleh tak makan,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Rumah runtuh, awak menumpang.
Ayuhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris tak mati oleh tak makan,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Rumah runtuh, awak menumpang.
Tuesday, May 6, 2014
Gurindam Dua Belas (4)
Fasal keempat:
Barangsiapa meninggalkan sembahayang,
seperti rumah tidak bertiang.
Barangsiapa meninggalkan puasa,
tidaklah dapat dua temasya.
Barangsiapa meninggalkan zakat,
tidaklah hartanya beroleh berkat.
Barangsiapa meninggalkan haji,
tidaklah ia menyempurnakan janji.
Barangsiapa meninggalkan sembahayang,
seperti rumah tidak bertiang.
Barangsiapa meninggalkan puasa,
tidaklah dapat dua temasya.
Barangsiapa meninggalkan zakat,
tidaklah hartanya beroleh berkat.
Barangsiapa meninggalkan haji,
tidaklah ia menyempurnakan janji.
Gurindam Dua Belas (3)
Fasal ketiga;
Hal itu kerajaan dalam tubuh,
jikalau zalim segala anggota pun roboh.
Apabila dengki itu telah bertanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah fikir,
di situ banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah janganlah dibela,
nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikit pun berbuat bohong,
boleh diumpamakan mulutnya pekung.
Hal itu kerajaan dalam tubuh,
jikalau zalim segala anggota pun roboh.
Apabila dengki itu telah bertanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah fikir,
di situ banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah janganlah dibela,
nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikit pun berbuat bohong,
boleh diumpamakan mulutnya pekung.
Monday, May 5, 2014
GURINDAM DUA BELAS (2)
Fasal kedua;
Apabila terpelihara mata,
sedikit cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tidaklah berdamping.
Bersungguh=sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fiil yang tiada senonoh.
Hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjalan membawa rugi.
Apabila terpelihara mata,
sedikit cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tidaklah berdamping.
Bersungguh=sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fiil yang tiada senonoh.
Hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjalan membawa rugi.
Saturday, May 3, 2014
GURINDAM DUA BELAS
Permulaan:
Simpanan Indah, Ialah Ilmu yang memberi faedah.
Fasal pertama:
Barangsiapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barangsiapa mengenal yang empat,
maka dia itulah orang makrifat.
Barangsiapa mengenal Allah,
suruh dan tegahNya tiada ia menyalah.
Barangsiapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari.
Barangsiapa mengenal dunia,
tahulah dia barang yang terpedaya.
Barangsiapa mengenal akhirat,
tahulah dia dunia melarat.
Simpanan Indah, Ialah Ilmu yang memberi faedah.
Fasal pertama:
Barangsiapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barangsiapa mengenal yang empat,
maka dia itulah orang makrifat.
Barangsiapa mengenal Allah,
suruh dan tegahNya tiada ia menyalah.
Barangsiapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari.
Barangsiapa mengenal dunia,
tahulah dia barang yang terpedaya.
Barangsiapa mengenal akhirat,
tahulah dia dunia melarat.
AMALAN MANUSIA
SEDARLAH WAHAI ORANG-OANG YANG LALAI
“20.Sedarlah wahai
orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingat akan kesudahan kamu),
bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat
habisnya. 21. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang
kekal abadi kehidupannya). 22. Pada hari akhirat itu (muka orang-orang yang
beriman) berseri-23. Melihat kepada Tuhannya. 24. Dan pada hari itu, muka
(orang-orang kafir) muram hodoh-25. Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka
akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan. 26. Sedarlah (janganlah
mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak
mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkongan, 27. Dan orang-orang yang
hadir di sisinya heboh) berkata: “Siapakah yang dapat menawar jampi (dan
mengubatnya)?” 28. Dan dia sendiri yakin, bahawa saat itu saat perpisahan; 29.
Serta kedahsyatan matipun bertindih-tindih; 30. (Maka) kepada Tuhanmulah – pada
waktu itu- engkau dibawa (untuk menerima balasan). (AL-QIAAMAH: 20-30)
Friday, May 2, 2014
Getaran Jiwa - Kenyir
KENYIR
Tasikmu bikinan manusia,
di keliling gunung dan bukit bukau,
dari jauh engkau tampak biru permai,
bersama pulau-pulau bersorak ria,
pokok-pokok tumbuh besar menghijau,
Pengkalan Gawi tempat bermula,
manusia menyusuri dan melewati,
ramai yang datang dan pergi,
ada yang mahu melihat-lihat,
ada yang mahu kaji selidik,
ada yang mahu santai-santai
ada yang ahu berkasih mesra,
ada yang mahu sepi sendiri,
engkau sibuk dan maju bersama masa,
engkau pasti simpan sejuta rahsia,
catatan suka duka,
wajah-wajah alam dan manusia.
Kelana Putra,
Dungun, Terengganu.
Jumaat 2 Mei 2014.
Tasikmu bikinan manusia,
di keliling gunung dan bukit bukau,
dari jauh engkau tampak biru permai,
bersama pulau-pulau bersorak ria,
pokok-pokok tumbuh besar menghijau,
Pengkalan Gawi tempat bermula,
manusia menyusuri dan melewati,
ramai yang datang dan pergi,
ada yang mahu melihat-lihat,
ada yang mahu kaji selidik,
ada yang mahu santai-santai
ada yang ahu berkasih mesra,
ada yang mahu sepi sendiri,
engkau sibuk dan maju bersama masa,
engkau pasti simpan sejuta rahsia,
catatan suka duka,
wajah-wajah alam dan manusia.
Kelana Putra,
Dungun, Terengganu.
Jumaat 2 Mei 2014.
SUMPAH IBLIS KEPADA SELURUH UMAT MANUSIA
Iblis
dilaknati dan sumpahnya kepada Bani Adam
28. Dan (ingatlah
peristiwa) tatkala Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak
menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental
yang berubah warna dan baunya”.
29. “Kemudian apabila
Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya ruh dari (ciptaan) Ku,
maka hendaklah kamu sujud kepadanya”.
30. (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekelian Malaikat, semua sekali.
31. Melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka yang sujud.
30. (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekelian Malaikat, semua sekali.
31. Melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka yang sujud.
32. Allah berfirman:
“Hai Iblis, mengapa engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?”.
33. Iblis menjawab:
“Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat
yang kering, yang berasal dari tanah yang kental yang berubah warna dan
baunya”.
34. Allah berfirman:
“Kalau demikian keluarah engkau daripadanya, sesungguhnya engkau dari sekarang
ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.
35. Dan sesungguhnya
engkau ditimpa laknat terus menerus hingga ke hari kiamat”.
36. Iblis berkata:
“Wahai Tuhanku, Jika demikian berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka
dibangkitkan (hari kiamat)”.
37. Allah berfirman:
“Dengan permohonanmu itu, maka sesugguhnya engkau dari golongan yang diberi
tempoh”.
38. “Hingga ke hari
masa yang termaklum”.
39. Iblis berkata:
Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi
sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan
zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
40. “Kecuali di antara
zuriat-zuriat Adam itu hamba-hamba-Mu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.
41. Allah berfirman: “Inilah
satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya”.
42. “Sesungguhnya
hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka,
kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya
sendiri”.
43. “Dan sesungguhnya
Neraka Jahanam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekelian manusia yang menurutmu”.
44. “Ia mempunyai tujuh
pintu, tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang
sesat dan menyesatkan itu)”. (AL-JIJR: 28-44)
Thursday, May 1, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)