Friday, May 2, 2014

Getaran Jiwa - Kenyir

KENYIR

Tasikmu bikinan manusia,
di keliling gunung dan bukit bukau,
dari jauh engkau tampak biru permai,
bersama pulau-pulau bersorak ria,
pokok-pokok tumbuh besar menghijau,
Pengkalan Gawi tempat bermula,
manusia menyusuri dan melewati,
ramai yang datang dan pergi,
ada yang mahu melihat-lihat,
ada yang mahu kaji selidik,
ada yang mahu santai-santai
ada yang ahu berkasih mesra,
ada yang mahu sepi sendiri,
engkau sibuk dan maju bersama masa,
engkau pasti simpan sejuta rahsia,
catatan suka duka,
wajah-wajah alam dan manusia.

Kelana Putra,
Dungun, Terengganu.
Jumaat 2 Mei 2014.

1 comment:

  1. KENYIR...Tasikmu bikinan manusia, di keliling gunung dan bukit bukau...

    ReplyDelete