KHUTBAH TERAKHIR
(Nabi
Muhammad SAW. telah menyampaikan Kutbah Terakhir pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijriah bertempat di
Lembah Uranah Gunung Arafah yang diberkati-Kini genaplah 1424 tahun berlalu)
“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang
hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan
kamu semua selepas tahun ini”.
“Wahai manusia,
sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka
anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci,”
“Kembalikan harta yang
diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak”
Semua manusia
diperingatkan
supaya tidak menyakiti
orang lain
agar orang lain tidak
menyakitimu
kerana kelak semua
manusia
akan kembali menemui Allah SWT.
bersama amalanya untuk
perhitungan-hisab
mulai saat itu juga manusia
diharamkan memakan riba
manusia diseru berwaspada
terhadap syaitan
yang terus menerus
berusaha menyesatkan mereka
dalam semua perkara
besar mahupun sekecilnya
Suami dan isteri diperingkatan
mereka saling memiliki
hak ke atas masing-masing
suami mesti memberikan
isteri makan pakai
dalam suasana kasih
sayang
para lelaki diminta
melayani wanita-wanita mereka
dengan baik dan lemah
lembut
isteri adalah teman dan
pembantu suami yang setia
para isteri dilarang memasukkan
orang asing
yang tidak sukai suaminya
ke dalam rumah mereka
dan semua orang dilarang
melakukan zina.
Rasulullah SAW. menyeru
agar para mukmin
menyembahlah ALLAH
dengan mendirikan solat 5 kali sehari
berpusa di bulan
Ramadhan
menunaikan zakat dan harta kekayaannya
mengerjakan ibadah Haji
sekiranya ada upaya
juga di peringatkan
bahawa
tiada orang yang lebih
mulia ke atas orang lain
kecuali dalam Takwa dan
Beramal Soleh
Setiap Muslim adalah
saudara kepada Muslim yang lain.
Ingatlah bahawa kelak
kamu akan menghadap Allah
hari untuk perhitungan
atas apa yang dipertanggungjawabkan ke atas dirimu
awasi dirimu agal tidak
terkeluar dari landasan kebenaran agama Islam
dan tidak ada lagi Nabi
dan Rasul selepas ini
dan tidak akan lahir agama baru
Rasulullah SAW. meninggalkan kepada manusia dua perkara
semua orang tidak akan
sesat selama-lamanya
selagi berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya
“Itulah Al-Quran dan
Sunnahku”.
Sesiapa yang mendengar
ucapan itu
diminta untuk sampaikan
kepada orang lain
yang tidak pernah
mendengar dan tidak ada disitu
terus dan seterusnya.
“Saksikan
Ya Allah,
Bahawasanya
telah aku sampaikan risalahMu
kepada
hamba-hambaMu’