Tuesday, December 16, 2014

Getaran Jiwa - Hentian

HENTIAN
Jiwa manusia,
ada roh nyawa,
tiap detik ketika,
degup dan getar,
bila laju ia mendebarkan,
jadi kacau tidak tenteram,
geram dan dendam,
apa lagi digoda,
oleh syaitan-syaitan,
angan diri sungguh panjang,
mimpi jelma dikala siang,
segala isi dunia,
dipujaan jadi rebutan,
harta kekayaan dan kemegahan,
didakap mesra siang malam,
diri asyik lupa daratan,
tiada tepi tiada ujung,
mahu tuju entah ke mana
di manakah ada hentiannya?

Kelana Putra,
Dungun, Terengganu.
Rabu 17 Dis. 2014

 

1 comment:

  1. di manakah hentiannya....untuk diri yang kian asyik lupa daratan?

    ReplyDelete