Tuesday, July 7, 2015
Monday, February 23, 2015
RENUNGAN AL-QURAN 27/2015
SEMUA BERSUJUD KEPADA ALLAH
18. Tidakkah engkau
mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada
Allah, dan (di antaranya termasuklah) matahari, dan bulan dan bintang-bintang,
dan gunung ganang dan pokok-pokok kayu dan binatang-binatang, serta sebahagian
besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa
azab (disebabkan kekufuran dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang
dihinakan oleh Allah maka ia tidak dapat beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya.
Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkan-Nya. (AL-HAJJ: 18)
Sunday, February 22, 2015
Getaran Jiwa - Wahai Dunia..!
WAHAI DUNIA!
Ramai orang terpegun pesona
dengan anggun ayu jelitamu
ramai orang merindu geram
dengan senyum manis madumu
ramai orang sayu lesu
dengan lambaian mesra ajakmu
ramai orang rebah bersimpuh
dengan goda pujuk rayumu
ramai orang bimbang takut
dengan kehilangan dakap ciummu
ramai orang panas rimas
dengan pelukan erat bara tubuhmu
ramai orang angau alpa
dengan gedik lenggok gayamu
ramai orang lintang pukang huru hara
dengan main dan lakonmu
ramai orang hanyut sesat
dengan putaran songsangmu
ramai orang asyik angau
dengan asmaradana lunak bikinanmu
ramai orang kalah tewas
dengan belenggu ganas nafsumu
ramai orang mati hati jiwa
dengan cinta buta padamu.
Kelana Putra,
Teluk Bidara, Dungun
Sabtu 21. Februari 2015.
Saturday, February 21, 2015
RENUNG FIKIR
KHUTBAH TERAKHIR NABI SAW.
Khutbah terakhir merujuk kepada khutbah atau
ucapan terakhir Nabi Muhammad
kepada sekumpulan besar pengikut dan
masyarakat Islam yang hidup pada zaman Nabi Muhammad
. Ia berlaku pada peristiwa Haji Wida' Rasulullah
yakni pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah
di Lembah Uranah, Bukit Arafah,
baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara
isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu adalah:
"Wahai manusia, dengarlah
baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat
bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan
teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat
hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana
kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta
setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan
kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun
agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu
akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan
kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan
riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu
mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga
berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita
kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya
mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka
ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke
dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah
bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah,
dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah
di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat
dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji
sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada
Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia
dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan
menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa
yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu
terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi
atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama
baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku
yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu
dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,
nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang
mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir
lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah
Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
Amin...Ya Rabbil-alamin.
Getaran Jiwa - Zikrullah
Semua makhluk melata
jins dan manusia serta
makhluk di langit dan bumi
juga di antara keduanya
yang ghaib dan yang nyata
memuji dan memuja TuhanNya
siang malam pagi petang
silih ganti berulang-ulang
ucapan di bibir mersa
tiada letih tidak jemu
semuanya dalam jaga
tika berdiri, duduk dan baring
antara perlahan dan nyaring
dalam susah dan senang
dalam aman dan perang
dalam sembunyi dan terang-terangan
dalam hati tetap berbisik
nama-nama asma-ul-husna
diri hamba-hamba yang kerdil
mahu menyerah dan pasrah
atas taat setia cinta
kepada Raja sekalian manusia
Tuhan seru sekalian alam.
Kelana Putra,
Dungun Trg,
Ahad 22 Februari 2015.
jins dan manusia serta
makhluk di langit dan bumi
juga di antara keduanya
yang ghaib dan yang nyata
memuji dan memuja TuhanNya
siang malam pagi petang
silih ganti berulang-ulang
ucapan di bibir mersa
tiada letih tidak jemu
semuanya dalam jaga
tika berdiri, duduk dan baring
antara perlahan dan nyaring
dalam susah dan senang
dalam aman dan perang
dalam sembunyi dan terang-terangan
dalam hati tetap berbisik
nama-nama asma-ul-husna
diri hamba-hamba yang kerdil
mahu menyerah dan pasrah
atas taat setia cinta
kepada Raja sekalian manusia
Tuhan seru sekalian alam.
Kelana Putra,
Dungun Trg,
Ahad 22 Februari 2015.
Friday, February 20, 2015
RENUNGAN AL-QURAN 26/2015
"Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad saw.) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu. Dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi; dan Allah sentiasa Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (AN-NISAA': 170)
Thursday, February 19, 2015
RENUNGAN AL-QURAN 25/2015
ZIKRULLAH MENENANG
TENTERAMKAN HATI MANUSIA
27. Dan orang-orang
yang kafir berkata: “Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat
dari Tuhannya?” Katakanlah (wahai Muhammad); “Sesungguhnya Allah menyesatkan
sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan memberi
petunjuk ke jalan agamaNya, sesiapa yang rujuk kepadaNya. – 28. (Iaitu)
orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”.
Ketahuilah! Dengan “zikrullah” itu; tenang tenteramlah hati manusia. (AR-RA’D:
27-28)
Tuesday, February 17, 2015
RENUNGAN AL-QURAN 24/2015
DIBANGKITKAN UNTUK MENERIMA
BALASAN
68. Dan sudah tentu ditiup
sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan
yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya);
kemudian ditiup sangakala lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri
menunggu (kesudahan masing-masing). 69. Dan akan bersinar terang benderang bumi
(hari akhirat dengan cahaya Tuhannya; dan akan diberikan Kitab suratan amal
(untuk dibicarakan); dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi; dan akan
dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasan
sedikitpun. 70. Dan akan disempurnakan bagi tiap-tiap seorang-balasan apa yang
telah dikerjakannya, dan Allah lebih mengetahui akan apa yang telah mereka lakukan
(AZ-ZUMAR: 68-70)
Monday, February 16, 2015
RENUNGAN AL-QURAN 23/2015
Hari Qiamat
Pada hari itu, kepada
Tuhanmulah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. Pada hari itu, manusia
dibertahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri). (AL-QIAMAT;
12-15)
RENUNGAN AL-QURAN 22/2015
Wahai orang-orang yang beriman,
tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan
janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mkereka} kerana
kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa
yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan
perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri
kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada
mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya),
kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada
apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu.n (AN-NISAA’: 19)
Sunday, February 15, 2015
Getaran Jiwa - Bangkit terima balasan
BANGKIT TERIMA BALASAN
Bila sampai ketikanya
semua yang
bernyawa
dibangkitkan hidup kembali
gegak gempita
sangkakala
bergema ke seluruh alam
semua manusia yang bersemadi
di bongkarkan dari kuburan
bangun dalam bingung
melata berserakan
bagai rama-rama berterbangan
Ini bukan lagi igauan
Ini bukan hanya
khayalan
setiap diri telanjang sendirian
dalam rela atau paksa
di bawa menghadap Tuhan Yang Maha Esa
tunggu giliran dan
terima suratan amalan
dengan tangan kiri atau tangan kanan
sijjin atau
illiyin
sebarat dzarrah sekalipun dihitung kira
di atas neraca al-mizan
kelak pasti jelas
nyata
untung rugi nasib
diri
balasan baik di Syurga sejahtera
balasan buruk di Neraka jahim
itulah sumpah janjiNya
Tuhan Yang Maha Adil, Maha Bijksana.
Kelana Putra
Bandar Bukit Puchong
Selangor Darul Ehsan
Selasa 10 Sept. 2013.
Friday, February 13, 2015
RENUNGAN AL-QURAN 21/2015
DOSA SYIRIK TIDAK DIAMPUNKAN
48. Sesungguhnya Allah tidak
mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan Sesutu apa jua), dan akan
mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut
aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu
yang lain), maka sesungguhnya ia melakukan dosa besar.(AN-NISAA’: 48)
Subscribe to:
Posts (Atom)