ORANG-ORANG BERIMAN DISERU BERELAWAT DAN SALAM KE ATAS
NABI SAW.
Allah Taala berfirman dengan
maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat (memberi segala
penghormatan dan kebaikan) kepad, Nabi (Muhammad saw.): wahai orang-orang yang
beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan
penghormatan yang sepenuhnya” (Al-Ahzaab: 56)
Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi saw. bersabda dengan
ertinya:
“Bacalah selawat untukku,
sebab bacaan selawat itu membersihkan kekotoranmu (dosa-dosamu) dan mintalah
kepada Allah untukku wasilah”. “Apakah
wasilah itu ya Rasulullah?” Jawabnya: “Satu darjat yang tertinggi dalam syurga
yang tidak akan dicapai kecuali oleh seseorang, dan saya berharap sayalah
orangnya”.
Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi saw. bersabda dengan
ertinya:
“Sesiapa yang membaca selawat
untukku satu kali, maka Allah memberi selawat untuknya sepuluh kali dan
dihapuskan sepuluh dosa-dosa”.
Kesimpulannya, selawat dan
salam ke atas Baginda Rasulullah saw. adalah suatu ibadat dan kewajipan ke atas
setiap orang Islam. Ini amat jelas kerana Allah sendiri menetapkannya seperti
dalam ayat 56 surah Al-Ahzaab di atas. Bahkan di dalam solat itu sendiri kita
membaca selawat di penghujung rakaat terakhir sebelum member salam. Selain itu
kita amat beruntung jika dapat menjadikan selawat dan salam ke atas Baginda
saw. ini dalam setiap masa yang terluang.
Sekian was’salam.
Orang-orang yg beriman diperintahkan berselawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw.
ReplyDelete