Tuesday, April 3, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 69 TUHAN YANG MAHA ESA


TUHAN YANG MAHA ESA DAN KEKUASAANNYA

Allah Taala berfirman dengan maksudnya;

(163) Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(164) Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

(165) (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


163. And your Ilah (God) is One Ilah (God - Allah), La ilaha illa Huwa (there is none who has the right to be worshipped but He), the Most Beneficent, the Most Merciful.

164. Verily! In the creation of the heavens and the earth, and in the alternation of night and day, and the ships which sail through the sea with that which is of use to mankind, and the water (rain) which Allah sends down from the sky and makes the earth alive therewith after its death, and the moving (living) creatures of all kinds that He has scattered therein, and in the veering of winds and clouds which are held between the sky and the earth, are indeed Ayat (proofs, evidences, signs, etc.) for people of understanding.

165. And of mankind are some who take (for worship) others besides Allah as rivals (to Allah). They love them as they love Allah. But those who believe, love Allah more (than anything else). If only, those who do wrong could see, when they will see the torment, that all power belongs to Allah and that Allah is Severe in punishment.

Renungan

1. Allah ialah Tuhan manusia, Tuhan yang Maha Esa, Tuhan yang berhak di sembah dan tiada Tuhan yang lain melainkanNya, Dia adalah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

2. Berikutnya Allah menjelaskan dan memperingatkan kepada manusia yang mahu berfikir mengenai tanda-tanda keesaan, kekuasaan, kebijaksanan dan keluasan rahmatNya yang meliputi pelbagai perkara seperti kejadian langit dan bumi, pelayaran kapal-kapal di laut, hujan yang diturunkan, kehidupan tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang di bumi dan peredaran angin dan awan yang terapung-apung di udara.

3. Sungguhpun demikian masih ada diantara umat manusia yang masih mengambil dan menyembah selain dari Allah dan menjadikannya sebagai sekutu-sekutu Allah yang mereka cintai, memuja dan mentaatinya. Sedang orang-orang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.

4. Orang yang mempersekutukan Allah atau yang syirik itu sesungguhnya tidak akan sanggup berbuat demikian sekiranya mereka mengetahui dan mempercayai bahawa kelak mereka akan menerima azab seksa yang begitu berat dari Allah swt.

Sekian, Was'salaam!

RENUNGAN AL-QURAN 70 - AL FATIHAH

 SURAH AL-FATIHAH - 1
Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.
Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.
Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat
Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem
Al-hamdu lillahi Rabb il-'alamin
Ar-Rahman Ar-Raheem
Maliki yawmi-d-Din
Iyya-ka na'budu wa iyya-ka nasta'in
Ihdina-sirat al-mustaqim
Sirat al-ladhina an'amta 'alai-hi
Ghair il-Maghdubi 'alai-him wa la-d-dallin

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
  

(1) 
In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.
(2) Praise be to Allah, Lord of the Worlds:
(3) The Most Beneficent, the Most Merciful:
(4)Owner of the Day of Judgement.
(5) Thee (alone) we worship; Thee (alone) was ask for help.
Show us the straight path:
(7) The path of those whom Thou hast favoured; Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray.

Semoga kita dapat sama-sama mempelajari, memahami dan mengamalkan surah yang amat mulia ini dalam hidup beribadah dan beramal taqwa setiap hari, selagi hayat dikandung usia.
Sekian, Was'salaam!























































Sunday, April 1, 2012

Getaran Jiwa-Visi Cinta Agung


Visi Cinta Agung

Sumpah setia cinta agung
dari Dia, kerana Dia, untuk Dia
cermin hati tenang jiwa
satu makna sejuta harapan

Berbunga berputik di celah kemelut dunia
gunung iman bertunjang memasak bumi
cahaya ilmu menyilau siang menerangi malam
sungai amal menyusur ke lautan ihsan

Anugerah kepada para rasul, nabi dan wali
belaian asmara, rindu dendam, mabuk cinta
serah diri tiada berpaling kepada dunia
siang malam merindui kekasihNya

Berkorban jiwa, harta dan apa sahaja
Mata hati menyelami hakikat dan makrifat
Mekar mewangi tersohor dalam mahligai syurga
Sabar setia cinta pada Yang Maha Esa

Kelana Putra
TAMAN PERMATA
KUALA LUMPUR   8 Julai 2010

RENUNGAN AL-QURAN 68


HIDUP DI DUNIA DAN JANGAN DIPERDAYAKAN OLEH SYAITAN

(24) Allah berfirman: “Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika  (mati)”.

 (25) Allah berfirman lagi: “Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)”.

 (26) Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

(27) Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. (Surah Al-A'raaf: 24-27)


24. (Allah) said: "Get down, one of you an enemy to the other [i.e. Adam, Hawwa (Eve), and Shaitan (Satan), etc.]. On earth will be a dwelling-place for you and an enjoyment, - for a time."

25. He said: "Therein you shall live, and therein you shall die, and from it you shall be brought out (i.e.resurrected)."

26. O Children of Adam! We have bestowed raiment upon you to cover yourselves (screen your private parts, etc.) and as an adornment, and the raiment of righteousness, that is better. Such are among the Ayat (proofs, evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc.) of Allah, that they may remember (i.e. leave falsehood and follow truth ).

27. O Children of Adam! Let not Shaitan (Satan) deceive you, as he got your parents [Adam and Hawwa (Eve)] out of Paradise, stripping them of their raiments, to show them their private parts. Verily, he and Qabiluhu (his soldiers from the jinns or his tribe) see you from where you cannot see them. Verily, We made the Shayatin (devils) Auliya' (protectors and helpers) for those who believe not.

RENUNGAN

Berikutan dengan peristiwa yang telah berlaku iaitu keingkaran Iblis untuk bersujud memberi penghormatan kepada Adam, kejayaan Iblis menggoda Adam dan Hawa sehingga mereka berdua melanggar perintah Allah, menyebabkan kemarahan dan kemurkaan Allah sehingga semuanya diperintahkan untuk turun dan menjalani kehidupan di dunia hingga sampai ke suatu masa yang telah ditetapkan (hari kiamat).

Dalam ayat-ayat di atas Allah telah mengingatkan kepada anak-anak Adam (umat manusia) bahawa di dunia inilah mereka menjalani kehidupan, kemudian mati dan dibangkitkan semula. Di dunia Allah menurunkan limpah dan rahmatNya dan pakaian yang terbaik bagi manusia ialah bertaqwa kepada Allah.

Allah memperingatkan kepada manusia supaya jangan diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana mereka dahulunya telah memperdayakan Adam dan Hawa di Syurga. Allah juga memperingatkan bahawa Syaitan dan kaumnya dapat melihat manusia, tetapi manusia tidak dapat melihat mereka. 

Allah menyatakan bahawa “Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman”.
 
Sekian, Was’salaam!