Friday, October 12, 2012

NABI ADAM 8

Syaitan membiskkan hasutan kepada Nabi Adam
 
120. Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”  (TAHA; 120)
Perhatikalah betapa liciknya bisikan dan tipu daya Syaitan kepada Nabi Adam di dalam Syurga yang dipesonakan dengan tawaran hidup selama-lamanya dan kekuasaan yang tidak akan hilang, sehingga Adam dan Hawa tewas dengan pujukan Syaitan.

RENUNGAN AL-QURAN 149

ORANG YANG SEBENAR-BENAR BERIMAN
 
15. Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh) dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. 16. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. (AS-SAJDAH: 15-16)

Thursday, October 11, 2012

NABI NUH DAN KAUMNYA 8

Kaumnya terus berdegil dan menuduh Nabi Nuh berdusta

34. “Dan tidak ada guna nasihatku kepadamu, jika aku hendak menasihati kamu, kalau Allah hendak menyesatkan kamu (kerana kamu tetap berdegil): Dia-lah Tuhan kamu dan kepada-Nya kamu kembali”.35. (Mereka terus berdegil), bahkan mereka menuduh dengan mengatakan Nabi Nuh itu sengaja mengada-adakan secara dusta; bahawa Tuhan mengurniakan pangkat Nabi kepadanya. Nabi Nuh diperintahkan menjawab dengan berkata: “Kalaulah aku yang mereka-reka wahyu itu maka akulah yang akan menanggung dosa perbuatan itu, dan sebenarnya aku bersih dari dosa kesalahan kamu menuduhku”. (HUD: 34-35)

RENUNGAN AL-QURAN 148

LUQMAN MENASIHATI ANAK KESAYANGANNYA

16. (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): “Wahai anak kesayanganku, sesugguhnya  jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalas-Nya); kerana sesungghnya Allah Maha Halus pengetahuan-Nya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunti. (LUQMAN; 16)

NABI ADAM 7

Nikmat di dalam Syurga
118 Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu,  bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang.119. Dan sesungguhnya engkau tidak akan dahaga dalam syurga itu dan tidak akan merasa panas matahari. (TAHA:117-119]

RENUNGAN AL-QURAN 147

NASIHAT LUQMAN KEPADA ANAKNYA

13. Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya; “Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.(Luqman; 13)

NABI IBRAHIM - 7

Nabi Ibrahim memecahkan berhala-berhala kaumnya

57. “Dan demi Allah, aku akan jalankan rancangan terhadap berhala-berhala kamu, sesudah kamu pergi meninggalkan (rumah berhala ini)”.58. Lalu ia memecahkan semuanya berketul-ketul; kecuali sebuah berhala mereka yang besar (dibiarkannya), supaya mereka kembali kepadanya. (AL-ANBIYAA’: 57-58)

NABI NUH DAN KAUMNYA 7

Kaumnya meminta didatangkan azab Allah

32. Mereka berkata; Wahai Nuh! “Sesungguhnya engkau telah bertikam lidah membantah kami lalu engkau banyakkan sangat hujjah-hujjah semasa mengemukakan bantahanmu kepada kami; oleh itu datanglah azab Allah yang telah engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar”. 33. Nabi Nuh menjawab: “Sesungguhnya Allah jualah yang akan mendatangkan azabnya itu kepada kamu jika Ia kehendaki, dan kamu tidak sekali-kali akan dapat melemahkan kuasa Allah!”. (HUD; 32-33)