Friday, December 13, 2013

SIFAT TERKEJI (Mazmumah)


TAKABBUR – MEMBESARKAN DIRI
Takabbur itu ialah membesarkan diri sendiri
merasakan dirinya lepih muiia
atas orang lain  dirasakan lebih hina,
sombong takabbur itu adalah sifat Iblis.

Orang yang sombong takabbur,
melihat dirinya terlalu sempurna,
lebih mulia dari orang lain,
dalam banyak hal perkara.

Nabi saw. bersabda:
“Tidak masuk ke dalam syurga
oleh seseorang yang ada di dalam hatinya
seberat biji sawi daripada membesarkan diri”.

 

AMALAN MANUSIA

10 JALAN KESELAMATAN

Rasulullah saw. bersabda:Keselamatan (hamba) berada di atas 10 jalan, 5 di dunia dan 5 di akhirat. Adapun yang lima di dunia itu ialah;
1..Ilmu
2.Ibadah
3.Rezeki yang halal
4.Sabar menghadapi ujian
5.Bersyukur atas anugerah nikmat.

Adapun yang 5 di akhirat ialah;
1.Dia didatangi oleh malaikat maut, mencabut nyawa dengan kasih dan lembut
2.Dia tidak dikejutkan oleh malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur.
3.Dia merasa terancam pada hari yang paling menakutkan (hari kiamat)
4.Dia dihapuskan kesalahan-kesalahan dan diterima kebaikan-kebaikannya
5.Dia melalui titian Siratul Mustaqim seperti cahaya kilat, dan selamat masuk ke syurga.

Thursday, December 12, 2013

AMALAN MANUSIA - BERSEDEKAH

MEMBERI SEDEKAH KERANA BERIMAN KEPADA ALLAH
Allah Taala berfirman dengan maksudnya:
“(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi dengan (perbuatan atau perkataan yang menyakitkan hati. Dan (ingatlah) Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar” (Al-Baqarah: 263)
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah merosakkan pahala amal sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan) yang menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riya’), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkan bersih licin (tidak bertanah lagi). Demikianlah halnya orang-orang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah) Allah tidak akan member petunjuk kepada kaum yang kafir” (Al-Baqarah: 264)
“Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpakan hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah) Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan” (Al-Baqarah: 265)
Firman Allah dalam ayat-ayat di atas adalah berkaitan dengan member sedekah. Antara perkara-perkara yang dimaksudkan ialah:
Pertama, adalah lebih baik untuknmenolak peminta-peminta sedekah dengan perkataan yang baik dan memaafkan kesilapan mereka daripada memberi sedekah dengan diiringi oleh perkataan dan perbuatan yang menyakitkan hati sipenerima atau peminta sedekah itu.
Kedua, pemberian sedekah kerana riya’, mengungkit-ungkitnya dan menyakiti hati penerima sedekah akan merosakkan pahala sedekah itu. Perbuatan ini tidak akan mendatangkan sebarang hasil kebaikan atau pahala. Allah memberikan perumpaan atau bandingan sedekah ini seumpama hujan lebat yang menimpa batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian bersih tidak meninggalkan sebarang tanah lagi.
Ketiga, pemberian sedekah kerana mencari keredhaan Allah dan kerana untuk meneguhkan iman dan keiklasan akan mendapat hasil kebaikan atau pahala. Allah membuat perumpamaan atau bandingan amal perbuatan ini sebagai sebuah kebun di tanah tingggi yang disirami hujan lebat dan memberikan hasil dua kali ganda atau tetap memberikan hasil sekalipun dengan hujan renyai-renyai atau gerimis.
Kesimpulannya berilah sedekah walaupun sedikit dengan niat yang ikhlas kerana Allah dan dengan itu kita berharap untuk mendapat kekuatan iman dan pahala daripada sedekah tersebut.
 
 

MANUSIA


DAMAIKAN DUA SAUDARA KAMU
10. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah itu); dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (AL-HUJURAAT:10)

AL-QUR'AN FOR MANKIND

LEAD MANKIND INTO THE LIGHT OF BELIEF
 
1.Alif-Lam-Raa (These letters are one of the miracles of the Qur’an, and non but Allah (Alone) knows their meanings) (This is) a Book which We have revealed to you, (O Muhammad), that you might bring mankind out of darknesses into the light by permission of their Lord-to the path of the Exalted in Might, the Praiseworthy- Allah, to whom belongs whatever is in the heavens and whatever is on the earth. And woe to the disbeleivers from a severe punishment. The ones who prefer the worldly life over the Hereafter and avert (people) from the way of Allah, seeking to make it (seem) deviant. Those are in extreme error. (Surat Ibrahim/Abraham: Verse 1-3)
MEMBAWA SELURUH MANUSIA KEPADA CAHAYA IMAN
1.Alif, Laam, Raa’. Inilah Kitab (Al-Quran) kami turunkan Dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap  gelita kufur kepada cahaya iman-dengan izin Tuhan mereka-ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji. 2. Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi; dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menerima mereka kelak). 3. Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya. (Surah Ibrahim: 1-3)

AMALAN MANUSIA

ORANG YANG BERJIWA TENANG TENTERAM

27.Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! 28. Kembailah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) 29. Serta masuk  engkau kedalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia. 30. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku! (AL-FARJ 27-30)

Wednesday, December 11, 2013

AMALAN MANUSIA


APAKAH AMALAN YANG TINGGI DARJATNYA?

10. Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya dan jalan kejahatan untuk dijauhinya)?  11. Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? 12. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui; apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? 13. (Di antara amal-amal itu – bagi orang-orang yang mampu) ialah; memerdekakan hamba abdi; 14. Atau memberi makan pada hari kelaparan – 15. Kepada anak yatim dari kaum kerabat, 16. Atau kepada orang-orang miskin yang terlantar di atas tanah. (AL-BALAD; 10-16)

SIFAT TERKEJI (Mazmumah)

TERAMAT KASIH AKAN DUNIA

Satu sifat yang dicela,
Ia terlalu kasih akan dunia,
mahu memiliki segala isinya,
emas, perak, intan dan segala macam.

Orang yang kasih akan dunia
begitu sibuk mencari dan memburunya
siang malam pagi petang,
terpedaya dengan tipu dayanya.

Atas nafsu rakus tamak haloba,
mereka tidak  peduli halal-haram,
yang utama adalah memiliki isi dunia,
bagi menyampaikan hajat diri.

Jika sudah menyintai akan dunia,
memang diri tidak mahu mati,
mahu hidup 1000 tahun lagi,
macam cerita Bani Israel.

Barang harus jadi ingatan,
dunia ini hanyalah dipinjamkan,
hidup sementara menunggu ajal,
tempat manusia mengumpul  bekal.

Hidup dunia ini semuanya cobaan ujian,
siapakah yang lebih beriman,
siapakah yang  banyak berbuat amal kebaikan,
siapakah yang taat atau derhaka kepada Tuhan.

Manusia telah diberi peringatan,
agar mencinta Allah dan RasulNya,
melebihi segala yang  lain,
Jika tidak tunggulah azab seksa akhirat.

Bukankan  manusia itu mudah diperdaya,
oleh perasaan amat kasih kepada dunia.
pada segala perhiasan dan keseronokan dunia,
namun semua itu boleh melalaikan.

Hidup dalam dunia ini,
engkau ambillah secukup seadanya,
dan jika engkau kaya harta
berderma dan bersedekahlah.

Kelana Putera,
Dungun, Terengganu.
Rabu 11. 12. 2013.