Sunday, April 13, 2014

KHUTBAH TERAKHIR NABI SAW.

KHUTBAH TERAKHIR

(Nabi Muhammad SAW. telah menyampaikan Kutbah Terakhir  pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijriah bertempat di Lembah Uranah Gunung Arafah yang diberkati-Kini genaplah 1424 tahun berlalu)
“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini”.

“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci,”
“Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak”

 Semua manusia diperingatkan
supaya tidak menyakiti orang lain
agar orang lain tidak menyakitimu

kerana kelak semua manusia

akan kembali  menemui Allah SWT.
bersama amalanya untuk perhitungan-hisab

mulai saat itu juga manusia diharamkan memakan riba
manusia diseru berwaspada terhadap syaitan

yang terus menerus berusaha menyesatkan mereka
dalam semua perkara besar mahupun sekecilnya

Suami dan isteri diperingkatan
mereka saling memiliki hak ke atas masing-masing

suami mesti memberikan isteri  makan pakai
dalam suasana kasih sayang

para lelaki diminta melayani wanita-wanita mereka
dengan baik dan lemah lembut

isteri adalah teman dan pembantu suami yang setia
para isteri dilarang memasukkan orang asing

yang tidak sukai suaminya ke dalam rumah mereka
dan semua orang dilarang melakukan zina.

Rasulullah SAW. menyeru agar para mukmin
menyembahlah ALLAH dengan mendirikan solat 5 kali sehari

berpusa di bulan Ramadhan

menunaikan zakat  dan harta kekayaannya
mengerjakan ibadah Haji sekiranya ada upaya

juga di peringatkan bahawa
tiada orang yang lebih mulia ke atas orang lain

kecuali dalam Takwa dan Beramal Soleh
Setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.

Ingatlah bahawa kelak kamu akan menghadap Allah

hari untuk perhitungan atas apa yang dipertanggungjawabkan ke atas dirimu
awasi dirimu agal tidak terkeluar dari landasan kebenaran agama Islam

dan tidak ada lagi Nabi dan Rasul selepas ini
dan tidak akan lahir agama baru

Rasulullah  SAW. meninggalkan kepada manusia dua perkara
semua orang tidak akan sesat selama-lamanya

selagi  berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya
“Itulah Al-Quran dan Sunnahku”.

Sesiapa yang mendengar ucapan itu

diminta untuk sampaikan kepada orang lain
yang tidak pernah mendengar dan tidak ada disitu

terus dan seterusnya.
"Saksikan Ya Allah,

Bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu
kepada hamba-hambaMu".

 

 

Friday, April 11, 2014

MANUSIA


TINGKAT KEJADIAN MANUSIA

“Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu tentang kebangkitan makhluk) hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadkan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai keperingkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada diantara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga dia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang diketahuinya dahulu dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berbaga-bagai jenis tanaman yang indah permai.(AL-HAJJ:5)

Monday, April 7, 2014

Getaran Jiwa - Aku pulang kembali pada-Mu

AKU PULANG KEMBALI PADA-MU

Demi sumpah janji azali,
semestinya aku pulang kembali,
serah diriku padaMu Ilahi,
aku dikirim ke mari
hanya untuk seketika
jalani dan jelajahi
merasai dan menikmati
gelak ketawa bahagia
tangis sendu nestapa,
dalam permainan dunia,
sesekali mabuk terpinga-pinga,
asyik lalai lupa,
main-main sambil gelak tawa,
tak mau mati 1000 tahun lagi,
Aku redah jalan laluan sendiri,
aku pasti  sunyi sepi,
tiada kerabat tanpa teman,
apakah nanti aku mampu.
aku berjalan aku berlari atau,
aku sekadar merangkak
 mengheret diri,
bersama terik panas membahang,
membakar seluruh jasad,
menyiat-yiat kulit,
hingga tampak merah isinya,
bersama pedih perit,
yang tidak terperi,
sampai menghadap-Mu,
Tuhan Yang Maha Suci.

Kelana Putra,
Dungun, Terengganu,
Selasa 8 April 2014.

 

Thursday, April 3, 2014

NABI MUSA

NABI MUSA MERASA SEDIKIT TAKUT
Mereka berkata: “Wahai Musa! Engkaukah yang akan mencampakkan terlebih dahulu ataukah kami yang mula-mula mencampak?” Nabi Musa menjawab: “Bahkan kamulah campak dahulu”. Tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan disebabkan sihir mereka. Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya. Kami berfirman kepadanya: “Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan. (TAHA: 65-68)

NABI MUSA

NABI MUSA MEMBELAH LAUT
77. Demi sesungguhnya Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa; “Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar mengembara pada waktu malam, kemudian pukullah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan  yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh, dan jangan pula engkau takut tenggelam. (TAHA: 77)

Wednesday, April 2, 2014

NABI MUSA

TONGKAT NABI MUSA
 
17. “Dan apa bendanya yang di tangan kananmu itu wahai Musa?”
18. Nabi Musa menjawab: “Ini ialah tongkatku; aku bertekan ke atasnya semasa berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku dan ada lain-lain lagi keperluanku kepada tongkat ini”.
19. Allah Taala berfirman: “Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa”.
20. Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.
21. Allah berfirman: “Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut. Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal”.
22.Dan kepitlah tanganmu dicelah lambungmu; nescaya keluarlah ia  putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat; sebagai satu mukjizat yang lain.”. (TAHA; 17-22)

Getaran Jiwa - Pintu

PINTU
Masuk - keluar,
Mesti lalui pintu-pintunya
Fajar itu pintu siang
Senja itu pintu malam
Pintu hati  itu cahaya hidayah
Pintu ilmu itu belajar-mengajar
Pintu iman itu keyakinan teguh
Pintu amal  itu keikhlasan
Pintu taqwa itu kesabaran
Pintu rahmat itu doa tulus
Pintu maksiat itu nafsu ammarah
Pintu taubat itu penyesalan luhur
Pintu kubur itu liang lahad
Pintu neraka itu ingkar durhaka
Pintu syurga itu keredhaan
Pintuku dan pintumu
sama tapi berbeda.

Kelana Putra
Mahligai-Cinta
Kuala Dungun
Selasa 31 Okt. 2012
15 Dzulhijjah 1433

 

 

 

 

 

 

Tuesday, April 1, 2014

Getaran Jiwa - Di ujung senja

DI UJUNG SENJA

Aku kini berada di ujung senja
hanya tinggal sisa-sisa hariku
waktu pagiku telah jauh pergi
bersama suria memancar cahaya
embun, pepohon dan bunga-bunga
dan  kicau burung-burung
lebih lagi riuh pikuk sibuk manusia
di kotaraya dan di desa
akupun begitu jua

Mentari siang terus beredar
panas terik kian pudar
waktu petangku begitu damai
bayu dingin terus membelai
hati jiwaku jadi asyik
segala yang sayu semakin pilu
aku kian letih lesu layu
bagaikan petang yang kian senja
aku bermenung dalam pesona
ingatkan diri dan semuanya

Senjaku ini tidaklah lama
pastinya sekejap lagi
ia ditelan gelita pekat malam
dan aku juga akan hilang
sunyi sepi sendiri
tinggal hanyalah sebuah nostalgia
kerana esoknya pasti
aku tiada.lagi di dunia ini.

Kelana Putra
Dungun, Terengganu
Rabu 2 Oktober 2013.