Friday, January 2, 2015

Getaran Jiwa - Keluh Kesah

KELUH KESAH
Di desa dan di kota
banjir telah mula reda
diri merasa lega
mamun wajah-wajah mereka
masih suram muram
di tambah gelora jiwa.
memendam  bermacam rasa
ada goresan resah gelisah
ada getaran keluh kesah
ada rasa bimbang ragu.

Barang-barang di dapur kian susut
kalau adapun hanya untuk sehari dua
wang ringgit berbaki adapun tak seberapa
getah tidak boleh ditoreh
sawah padi jadi lautan sementara
samudera masih dialun gelora
rumah hilang lenyap dibawa arus
tinggal hanya sisa disadai bersepah
robek  patah riok bercerai berai
kereta dan harta benda punah ranah
dibalut selut dan lumpur
tunggu masa untuk dilupus buang.

Kini tiada apa-apa lagi
untuk sekolahkan anak-anak
untuk bina pondok segera
untuk berlindung  diri dan keluarga
untuk boleh bekerja dan
cari pendapatan sepuluh dua
apa lagi bina semula
penghidupan baru seadanya
beriring doa dan air mata.

Kelana Putra,
Kuala Terengganu-via kota Bharu-Gua Musang.

Jumaat 2 januari 2015.

1 comment:

  1. manusia keluh kesah...resah gelisah...apakah ada daya upaya dan kekuatan untuk membina semula penghidupan baru selepas dilanda banjir besar 2014

    ReplyDelete