Iblis
dilaknati dan sumpahnya terhadap Bani Adam
28. Dan (ingatlah peristiwa)
tatkala Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan
manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang
berubah warna dan baunya”.
29. “Kemudian apabila Aku
sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya ruh dari (ciptaan) Ku, maka
hendaklah kamu sujud kepadanya”.
32. Allah berfirman: “Hai
Iblis, mengapa engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?”.
33. Iblis menjawab: “Aku
tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang
kering, yang berasal dari tanah yang kental yang berubah warna dan baunya”.
34. Allah berfirman: “Kalau
demikian keluarah engkau daripadanya, sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa
depan adalah (satu makhluk yang) diusir.
35. Dan sesungguhnya engkau
ditimpa laknat terus menerus hingga ke hari kiamat”.
36. Iblis berkata: “Wahai
Tuhanku, Jika demikian berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka
dibangkitkan (hari kiamat)”.
37. Allah berfirman: “Dengan
permohonanmu itu, maka sesugguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh”.
38. “Hingga ke hari masa
yang termaklum”.
39. Iblis berkata: Wahai
Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya
aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia
ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
40. “Kecuali di antara
zuriat-zuriat Adam itu hamba-hamba-Mu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.
41. Allah berfirman: “Inilah
satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya”.
42. “Sesungguhnya
hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka,
kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya
sendiri”.
43. “Dan sesungguhnya Neraka
Jahanam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekelian manusia yang menurutmu”.
44. “Ia mempunyai tujuh
pintu, tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang
sesat dan menyesatkan itu)”. (AL-HIJR: 28-44)
Allah swt. laknati Iblis dan ia bersumpah untuk menyesatkan Bani Adam sehingga hari kiamat.
ReplyDelete