Wednesday, October 16, 2013

KHUTBAH TERAKHIR NABI SAW.

KHUTBAH TERAKHIR

(Nabi Muhammad SAW. telah menyampaikan Kutbah Terakhir  pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijriah bertempat di Lembah Uranah Gunung Arafah yang diberkati-Kini genaplah 1424 tahun berlalu)
 “Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini”.
“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci,”

“Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak”

Semua manusia diperingatkan
supaya tidak menyakiti orang lain
agar orang lain tidak menyakitimu
kerana kelak semua manusia
akan kembali  menemui Allah SWT.
bersama amalanya untuk perhitungan-hisab
mulai saat itu juga manusia diharamkan memakan riba
manusia diseru berwaspada terhadap syaitan
yang terus menerus berusaha menyesatkan mereka
dalam semua perkara besar mahupun sekecilnya

Suami dan isteri diperingkatan
mereka saling memiliki hak ke atas masing-masing
suami mesti memberikan isteri  makan pakai
dalam suasana kasih sayang
para lelaki diminta melayani wanita-wanita mereka
dengan baik dan lemah lembut
isteri adalah teman dan pembantu suami yang setia
para isteri dilarang memasukkan orang asing
yang tidak sukai suaminya ke dalam rumah mereka
dan semua orang dilarang melakukan zina.

Rasulullah SAW. menyeru agar para mukmin
menyembahlah ALLAH dengan mendirikan solat 5 kali sehari
berpusa di bulan Ramadhan
menunaikan zakat  dan harta kekayaannya
mengerjakan ibadah Haji sekiranya ada upaya
juga di peringatkan bahawa
tiada orang yang lebih mulia ke atas orang lain
kecuali dalam Takwa dan Beramal Soleh
Setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.

Ingatlah bahawa kelak kamu akan menghadap Allah
hari untuk perhitungan atas apa yang dipertanggungjawabkan ke atas dirimu
awasi dirimu agal tidak terkeluar dari landasan kebenaran agama Islam
dan tidak ada lagi Nabi dan Rasul selepas ini
dan tidak akan lahir agama baru

Rasulullah  SAW. meninggalkan kepada manusia dua perkara
semua orang tidak akan sesat selama-lamanya
selagi  berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya
“Itulah Al-Quran dan Sunnahku”.
Sesiapa yang mendengar ucapan itu
diminta untuk sampaikan kepada orang lain
yang tidak pernah mendengar dan tidak ada disitu
terus dan seterusnya.

“Saksikan Ya Allah,
Bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu
kepada hamba-hambaMu’

 

 

Tuesday, October 15, 2013

SYAITAN BERJAYA MENGHASUT ADAM DAN HAWA

BAGAIMANAKAH SYAITAN MENGHASUT ADAM DAN HAWA?

20. Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: “Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi Malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)’. 21. Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata); Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang member nasihat kepada kamu berdua”. 22. Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulilah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga.(AL-A’RAAF: 20-22)

Eid Al-Adha 2013 | Makkah Khutbah by Sheikh Sudais (+playlist)


Monday, October 14, 2013

O mankind...!

LEAD MANKIND INTO THE LIGHT OF BELIEF
1.Alif-Lam-Raa (These letters are one of the miracles of the Qur’an, and non but Allah (Alone) knows their meanings) (This is) a Book which We have revealed to you, (O Muhammad), that you might bring mankind out of darknesses into the light by permission of their Lord-to the path of the Exalted in Might, the Praiseworthy- Allah, to whom belongs whatever is in the heavens and whatever is on the earth. And woe to the disbeleivers from a severe punishment. The ones who prefer the worldly life over the Hereafter and avert (people) from the way of Allah, seeking to make it (seem) deviant. Those are in extreme error. (Surat Ibrahim/Abraham: Verse 1-3)
MEMBAWA SELURUH MANUSIA KEPADA CAHAYA IMAN
1.Alif, Laam, Raa’. Inilah Kitab (Al-Quran) kami turunkan Dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap  gelita kufur kepada cahaya iman-dengan izin Tuhan mereka-ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji. 2. Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi; dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menerima mereka kelak). 3. Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya. (Surah Ibrahim: 1-3)

The Prophet Muhammad's Last Sermon


Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W


Sunday, October 13, 2013

SYAITAN

SYAITAN ADALAH SEJAHAT-JAHAT TEMAN
 
36. Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temanya yang tidak renggang daripadanya. 37. Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. 38. Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): “Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat!  Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman”. (AZ-ZUKHRUF: (36-38)

AZAB SEKSA NERAKA

APAKAH SEKSAAN NERAKA YANG PALING RINGAN?
 
Daripada No'man bin Basyir r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan seksaan penghuni Neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang akan diletakkan di bawah telapak kakinya dua buah bara api Neraka sehingga mendidih (dari sebab panas kedua bara api tersebut) otak yang ada di kepalanya. Dia tidak mengira bahawa ada orang lain yang lebih dahsyat seksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan seksaannya". (H.R. Bukhari & Muslim)