Tuesday, December 10, 2013

SIFAT TERKEJI (Mazmumah)

BERMEGAH-MEGAH

Ada orag bermegah akan dirinya,
bermegah dengan harta benda,
seperti Qarun yang kaya raya.
diseksa bersama dengan hartanya.

Ada yang bermegah dengan asal keturunan,
kerana  dia raja atau orang bangsawan,
hidup dalam istana bermewah-mewahan,
rakyat ramai mengangat membesarkan.

Ada orang bermegah dengan pangkat kedudukan,
memiliki kuasa dan mengumpul kekayaan,
suka   meninggi dan membangga  diri,
hidup sambong takabur di muka bumi.

Ada kemegahan yang tidak dicela,
kerana ia menerima kurnia Tuhannya,
untuk kesejahteraan hidup di dunia,
mengikut taat ajaran agama.

Kelana Putra,
Dungun, Terengganu.
Selasa 10 Disember 2013.

 

ALLAH SWT.

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "JADILAH ENGKAU!". Maka ia terus menjadi. Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap; Subhanallah!)-Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNya-lah kamu semua dikembalikan. (YAA SIIN; 82-83)

Monday, December 9, 2013

SIFAT TERKEJI (Mazmumah)

5.BAKHIL

Kerana  terlalu kasih cinta,
akan harta bendanya,
seseorang itu boleh bersifat,
bakhil-kikir-kedekut.

Bahkil  itu satu sifat yang terkeji,
ia dibenci oleh Tuhan Yang Maha Pemurah,
harta benda itu adalah ujian kepada manusia,
ia boleh melalaikan dan bawa bencana.
Sesiapa yang terlalu mencintai harta benda,
emas, perak dan seumpamanya,
dikatakan menjadi hamba kepadanya,
melainkan jika dia berbelanja selayaknya.

Harta kekayaan yang banyak
boleh mengundang bencana kepada diri
bermegah-megah, sombong dan bangga diri,
Ia lebih mudah menyeru kepada kerja-kerja maksiat,
Ia mengutamakan yang seronok dan bersedap-sedap,
sehingga lalai lupa kepada Allah Yang Maha Esa.

Apabila seseorang itu telah mati,
malaikat  bertanyakan- apakah amalannya,
manusia pula bertanyakan- apakahharta kekayaan yang ditinggalkan,
Nabi saw. berkata:
“Celakalah hamba dirham!
Celakalah hamba!
Celakalah dan terpencil!
Jika ia kena duri (mendapat rintangan) ia tidak dikasihi!”

Kelana Putra,
Dungun, Terengganu.
Isnin 9 Disember 2013.

 

 

Sunday, December 8, 2013

SIFAT TERKEJI (Mazmumah)

HASAD  DENGKI

Hasad dengki itu penyakit hati,
Bermula ia dengan dua manusia,
Habil dan Qabil yang sengketa,
Sampai berbunuhan akhirnya.

Hasad dengki permainan nafsu,
dari tak berpuas hati menjadi cemburu,
bila cemburu timbulah benci,
dari  benci membesarlah hasad dengki.

Nabi saw.  berpesan wasiat,
“Akan merayaplah penyakit,
Umat-umat terdahulu,
Ia itu penyakit hasad dan saling membenci”.

Hasad itu jelas nyata bila seseorang itu,
tidak senang dengan nikmat yang ada pada orang lain,
berusaha untuk menghapuskan nikmat itu,
ingin sekali nikmat itu berpindah kepada dirinya.

Andainya seseorang memiliki rasa hasad dengki,
dia akan berbuat apa sahaja untuk mencapai citanya,
pasti  ia mahu meninggikan dirinya,
tidak rela dan tidak redha apa yang ada miliknya.

Nabi Zakaria a.s. berkata;
Allah berfirman kepadaku;
“Orang yang hasad itu adalah musuh terhadap kenikmatan-Ku,
Marah terhadap keputusan-Ku dan
tidak rela terhadap pembahagian-Ku yang telah
Kubahagikan di antara hamba-hambaku”.

Hasad dengki  pasti akan,
merosakkan kebajikan dan kebaikan yang telah dilakukan
umpama api yang memakan kayu kayan,
atau api di dalam sekam…memamah diri seseorang.
tanpa sedar tiada kelihatan.

Dari itu baiklah selamat diri,
dari segala hasad dengki,
agar hati dan jiwa menjadi bersih,
kerana ia dilihat oleh Tuhan Yang Maha Suci.

Kelana Putra,
Dungun, Terengganu.
Isnin 9 Disember 2013.

 

 

 

 

Mutiara Hadis - Dengki

Nabi saw. bersabda: "Dengki itu memakan ia akan segala kebajkan, seperti memakan oleh api akan kayu api".

SIFAT-SIFAT TERKEJI (Mazmumah)

MARAH

Marah itu sifat yang sungguh cela,
lahir dari hati yang busuk, dengki dendam,
marah itu bermacam ragam,
Ia bawa bencana dan binasa.

Nabi saw. bersabda: “Jangan engkau marah”,
orang jadi marah kerana bisikan syaitan,
yang begitu gembira kiranya,
manusia jadi porak peranda.

Dari itu manusia dinasihatkan,
andainya engkau sedang marah,
jika berdiri hendaklah engkau duduk,
jika duduk hendaklah engkau baring.

Jika marah masih ada lagi,
baiklah engkau mengambil wuduk,
moga syaitan dihalau pergi,
mudah-mudahan marahmu tiada lagi.

Kelana Putra,
Dungun, Terengganu.
Ahad 8 Disember 2013.

MENCINTAI RASULULLAH SAW.

Nabi saw. bersabda: "Tidak beriman seseorang di antara kamu, sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada dirinya sendiri, ibubapanya, anaknya dan manusia semuanya".(HR: Bukhari & Muslim)

Saturday, December 7, 2013

SIFAT TERKEJI (Mazmumah)

LOBA ATAS KATA-KATA
 
Manusia yang loba atas kata-kata,
banyak berbicara daripada berfikir,
terlajak perahu boleh ditarik,
terlajak kata buruk padahnya.
 
Berkata keji bermacam ragam,
ada yang  suka mengumpat orang,
ada yang mencaci maki sesama sendiri,
ada yang memfitnah berkata dusta.
 
Kerana mulut dan lidah,
diri dibenci oleh manusia,
menambahka dosa-dosa,
kelak dibalas azab seksa.
 
Kalimat-kalimat yang baik,
bagaikan  pohon-pohon,
kukuh, subur dan merimbun,
memberikan hasil sepanjang musim.
 
Kalimat-kalimat yang buruk,
bagaikan pohon-pohon,
buruk akarnya, layu dan mati
tiada hasil tidak berguna.
 
Untuk selamat dan mendapat rahmat,
eloklah manusia berkata bicara,
beri nasihat pengajaran beguna,
agar hidup menjadi  bahagia.
 
Tiada kata yang lebih mulia,
Puji dan puja Tuhan Yang Maha Esa,
Zikir siang-malam, pagi-petang,
Baca Al-Quran petunjuk kehidupan.
 
Kelana Putra,
Dungun, Terengganu.
Ahad  8 Disember 2013.