Friday, November 2, 2012

RENUNGAN AL-QURAN - 170

SUMPAH BAGI TUDUHAN ISTERI BERZINA
 
6. Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (yang sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar;7. Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang berdusta. 8. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta. 9. Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar. (AN-NUR: 6-9)

No comments:

Post a Comment