20. Ketahuilah bahawa (yang
dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah bawaan hidup yang berupa
semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang
mengurang), juga bawaan (hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu
(dengan kelebihan, kekuatan dan keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan
harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti
hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya
suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar
(kesuatu masa tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya
ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi bahawa) di akhirat
ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan
dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan dari Allah
(disediakan) bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat. Dan (ingatlah, bahawa)
kehidupan dunia ini tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang
terpedaya. (AL-HADID: 20)
No comments:
Post a Comment