45.Dan (janganlah engkau
merasa kecewa wahai Muhammad tentang keingkaran kaummu, kerana) demi
sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa kitab Taurat, lalu berlaku
pertentangan mengenainya. Dan kalaulah tidak kerana terdahulu kalimah ketetapan
dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga kesuatu masa tertentu),
tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta merta kepada mereka. Dan
sesungguhnya mereka (kaummu) masih menaruh syak yang meragukan tentang
(kebenaran Al-Quran itu). 46. Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka
faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang berbuat
kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak
sekali-kali akan berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya. (FUSSILAT; 45-46)
No comments:
Post a Comment