ADAM DAN HAWA DIHASUT
SYAITAN
20. Setelah itu maka Syaitan
membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan
kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan)
mereka, sambil ia berkata: “Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada
(menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi
Malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam
Syurga)’. 21. Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata); Sesungguhnya
aku adalah dari mereka yang member nasihat kepada kamu berdua”. 22. Dengan
sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu
dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka
berdua aurat masing-masing, dan mereka mulilah menutupnya dengan daun-daun
(dari) Syurga.(AL-A’RAAF: 20-22)
No comments:
Post a Comment