Goda menggoda
tergoda digoda
siapa goda siapa?
kau goda aku
aku goda kau
goda vs goda
Iblis syaitan
punya permit penggoda
dulu, kini hingga berakhir dunia
balas dendam egoist
goda Adam goda Hawa
terbukalah aurat berdua
daun-daun Syurga menutupnya
bersama turun ke alam dunia
godanya terus goda
goda seluruh zuriat manusia
semua jantan semua betina
agar hilang lenyap iman taqwa
berbuat maksiat ingkar durhaka
Pada-Mu Yang Maha Esa
Kelana Putra
Mahligai-Cinta 60
Teluk Bidara
Ahad 111112
26 Dzulhijah 1433
Mahligai-Cinta 60
Teluk Bidara
Ahad 111112
26 Dzulhijah 1433
Hidup manusia adalah ujian dan cobaan....diri dan jiwa hati manusia dibisik, dihasut dan digoda...Iblis syaitan adalah musuh manusia yang terang nyata mengajak manusia berbuat maksiat dan apa sahaja perbuatan yang keji....apakah manusia dapat melepaskan dirinya dari hasutan bisikan Iblis dan syaitan. Adam dan Hawa ialah dua insan pertama yang di hasut dan digoda...apa lagi kita dan seluruh zuriat keturunannya...kerana Iblis telah bersumpah untuk menyesatkan Bani Adam hingga hari kiamat.
ReplyDelete