AMALAN MENJADI TEMAN
Nabi saw: "jJENAZAH itu akan diikuti oleh tiga perkara, iaitu keluarga, harta dan amalnya. Yang dua perkara akan pulang, sedang yang akan tetap menemaninya hanyalah satu perkara. Keluarga dan hartanya akan pulang, sedang yang akan tetap menemaninya hanyalah amalannya". (Riwayat Muslim 2960 dan al-Bukhari 6514)
Bila saja seseorang itu mati dan masuk kubur, hanya ada satu teman yang sejati iaitu amalannya. Persoalannya apakah diri akan mempunyai teman yang dapat menolong dan membantunya iaitu pelbagai amal kebaikan ataukah diri itu mempunyai teman yang merosakkan dan menyusahkannya iaitu amal kejahatan dan keburukan..? Oleh itu baik-baiklah kita memilih dan mengajak teman dengan berbuat sebanyak-banyaknya kebaikan dan meninggalkan kejahatan selagi hayat dikandung badan..dengan hasrat semua amalan baik itu dapat menemani dan membahagkan diri di alam barzakh.
ReplyDelete