Mabuk laut alunan gelombang
mabuk darat kenalah baring
mabuk arak keleklah botol
mabuk judi dikejarlah ceti
mabuk dadah diri kan parah
mabuk lubang mainlah golf
mabuk ekor pantang tengok nombor
mabuk henjut tungganglah kuda
mabuk wang kedekut gila
mabuk kuasa salah-salah jadi sasau
mabuk jantan mabuk betina
mabuk tak makan tidur tak lena
mabuk dunia lupalah akhitat
Kelana Putra
Kuala
Terengganu
Sabtu 30 Mac 2013.
Keseronokan dan keasyikan hidup di dunia menyebabkan ramai manusia terus terusan mabuk kepada banyak perkara sehingga mereka boleh lupa akan semua yang lain termasuk dirinya...lupa pada kewajiban, amanah, tanggungjawab dan sebaginya...termasuklah lupa pada mati, alam kubur dan alam akhirat.
ReplyDelete