JANGAN MENGIKUT LANGKAH SYAITAN
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan, dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara-perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu; nescaya tidak ada seorangpun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan ingatlah Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (AN-NUR; 21)
Mukmin (orang-orang yang beriman) ditegah daripada mengikut jejak langkah Syaitan yang sentiasa mengajak manusia kepada segala apa saja perbuatan keji dan mungkar.
ReplyDelete