Sesungguhnya Kami
menghdupkan dan mematikan dan kepada Kamilah sahaja tempat kembali (sekelian
makhluk). Pada hari bumi terbelah-belah
untuk mereka segera keluar (daripadanya). Perbuatan (menghidupkan dan)
menghimpunkan mereka di Padang Mahsyar itu, mudah bagi Kami melaksanakannya. Kami
lebih mengetahui apa yang mereka katakana (dan berbagai tuduhan terhadapmu
wahai Muhammad) dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka
(supaya masing-masing beriman). Oleh itu berilah peringatan dengan Al-Quran ini
kepada orang yang takutkan janji azab-Ku (QAF; 43-45)
Semua makhluk dikembalikan kepada Allah swt. mereka mati dan dibangkitkan dari kubur, di bawa dan dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk menerima suratan amal baik dan buruk, dihisabkan dan akhirnya menerima balasan Allah-Neraka Jahanam atau Syurga yang damai sejahtera.
ReplyDelete