Rasulullah saw. pernah
ditanya perihal orang mukmin dan orang munafik. Kemudian beliau menjawab;
“Sesungguhnya orang mukmin
himahnya di dalam solat dan puasa, Sedangkan orang munafik himahnya pada
makanan dan minuman bagai binatang, meninggalkan solat dan ibadah yang lain.
Orang mukmin sibuk bersedekah dan meminta ampun. Sedangkan orang munafik
terlena oleh kerakusan dan angan-angan. Orang mukmin memutuskan harapan kepada
segala sesuatu selain Allah. Tetapi orang munafik mengharapkan kepada segala
sesuatu selain Allah. Orang mukmin aman
dari segala sesuatu selain Allah. Tetapi orang munafik takut kepada segala
sesuatu selain Allah. Orang mukmin selalu berbuat baik dan menangis. Sedangkan
orang munafik selalu berbuat jahat dan tertawa. Orang mukmin suka menyendiri
dan menyepi. Tetapi orang munafik suka bergaul beramai-ramai. Orang mukmin
menanam dan takut binasa. Sedangkan orang munafik suka mencabut dan mengetam
saja. Orang mukmin berdakwah demi kebaikan agamanya. Sedangkan orang munafik
berdakwah demi keuntungan dan merosakkan agama. Bahkan orang munafik
memerintahkan kemungkaran dan melarang yang makruf.”.
No comments:
Post a Comment