53. Katakanlah
(wahai Muhammad); “Wahai hamba-hambaKu yang
telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan
perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,
kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia-lah juga
Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 54. “Dan kembalilah kamu kepada
Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu
didatangi azab; kerana sesuadah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan. 55. “Dan
turutlah Al-Quran – sebaik-baik (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari
Tuhan kamu, sebelum kamu didatagi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.
56. “(Diperintahkan demikian) supaya jangan
seseorang (menyesal dengan) berkata;
Sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan
kewajipan-kewajipanku kepada Allah, serta aku telah menjadi dari orang-orang yang
sungguh memperolok-olokkan (agama Allah dan penganut-penganutnya)!”. (AZ-ZUMAR
53-56)
Sebagai hamba yang berdosa dan bersalah, setiap manusia diperintah untuk kembali kepada Allah swt.dengan bertaubat dan berserah diri kepadaNya, dan menuruti Al-Quran sebagai panduan hidup.
ReplyDelete