AZAB SEKSA
Azab dunia tak seberapa
mampu menepis menolaknya
lari berlidung diri
tembok tinggi tak tembus peluru
mahligai kaca tak telus peluru
keliling dunia ceruk rantau
cuma untuk sementara
Azab kubur pasti lama
pedih perit derita
mahu lari kemana lagi
tiada daya upaya
dalam keranda sempit nenghimpit
pasti reput jua
tunggulah hingga kiamat tiba
Azab akhirat paling dahsyat
tiada tara bukan tanggungan
tidak hidup tidak pula mati
hancur luluh darah daging
pekikan lolongan
meraung-raung
entahlah sampai bila
di dalam jahanam
Wahai Tuhanku!
lepaskan aku dari azab-Mu
apakah mungkin aku ini
boleh kembali semula
ke dunia dahulu
mengabdikan diri
dalam tulus sabar setia
kepada-Mu seluruh jiwaraga
atau bermimpikah aku…..?
Kelana Putra
Mahligai-Cinta 60
Sura Jetty, Dungun
Isnin 12. 11.12
27 Dzulhijah 1433.