Friday, May 24, 2013

TITISAN TINTA - Tangisan


TANGISAN YANG MEMBAWA KEUNTUNGAN

Ali r.a. telah berkata: “Tangisan ada tiga macam: 1. Kerana takut kepada azab Allah SWT. 2. Kerana takut kepada murka Allah dan 3. Kerana takut berpisah dengan Allah. Adapun yang pertama, maka ia sebagai PENGHAPUS DOSA. Yang kedua adalah sebagai PENCUCI SEGALA AIB. Yang ketiga adalah sebagai (kunci bagi mencapai) martabat wali bersama dengan RIDHA ALLAH. Maka hasil dari penghapusan dosa adalah keselamatan dari siksaan. Hasil dari pencucian dari segala aib adalah nikmat Syurga yang berkekalan. Dan martabat darjat yang tinggi  dan buah dari martabat wali adalah berita baik yang menggembirakan dari Allah, iaitu memperolehi ridha-Nya, dapat melihat-Nya (di akhirat), menerima kunjungan malaikat dan penambahan kebaikan”.

1 comment:

  1. Semua manusia menagis...namun atas sebab musabab yang berbeza. Ada banyak tangisan kerana nasib diri yang dirasakan begitu malang seperti menghadapi kematian orang yang tersayang, kehilangan harta kekayaan, kedudukan dan pangkat, kuasa dan pelbagai bala bencana. Namun tangisan yang boleh membawa kebaikan dan keuntungan kepada diri setiap mukmin ialah tangisan kerana takut akan azab Allah, takut akan murka Allah dan takut akan berpisah atau dipisahkan dengan Allah swt. seperti yang dinyatakan oleh Ali r.a...sama-sama kita merenung fikir seadanya.

    ReplyDelete