PESAN JIBRIL A.S. KEPADA
NABI SAW.
Diriwayatkan dari Jabir bin
Abdullah Al-Ansari r.a. bahawa Nabi SAW. telah bersabda (maksudnya);
“Jibril selalu berpesan
kepadaku;
1. Jibril selalu berpesan
kepadaku tentang jiran, sehingga aku menyangka dia akan menjadikanya sebagai
pewaris.
2. Dia selalu berpesan
kepadaku tentang perempuan, sehingga aku menyangka dia akan mengharamkan
menceraikan mereka.
3. Dia selalu berpesan
kepadaku tentang para hamba, sehingga aku menyangka dia akan menetapkan suatu
masa bagi mereka untuk dimerdekakan.
4. Dia sentiasa berwasiat
kepadaku supaya bersugi, sehingga aku mengira bahawa ia suatu kewajiban.
5. Dia sentiasa berwasiat kepadaku
supaya solat berjamaah, sehingga aku mengira bahawa Allah SWT. tidak akan
menerima solat kecuali bila dilaksanakan secara berjemaah.
6. Dia sentiasa berwasiat
kepadaku supaya mendirikan solat di waktu malam, sehingga aku menduga tidak
boleh tidur pada malam hari.
7. Dia selalu berpesan
kepadaku supaya berzikir kepada Allah, sehingga aku menyangka bahawa tiada
ucapan yang boleh memberi manfaat
kecuali dengan berzikir”.
No comments:
Post a Comment