MALAIKAT PENJAGA DAN
SAKRATULMAUT
16. Dan demi sesungguhnya,
Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh
hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat
lehernya 17. Semasa dua malaikat (yang
mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatan;
yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya. 18.Tidak
ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya)
melainkan ada di sisinya malaikat pengawal yang sentiasa sedia (menerima dan
menulisnya). 19. Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah “sakratulmaut”
membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang
mengingkarinya sebelum itu): “Inilah perkara yang selalu engkau mengelak diri
daripadanya”. (QAAF: 16-19)
No comments:
Post a Comment